STATUS pendakwah Da’ia Syed dan Hana Ismail akhirnya terjawab apabila pasangan itu selamat mengikat tali pertunangan.
Berita gembira itu dikongsi oleh pelakon Datin Seri Umie Aida menerusi Instagram miliknya pada malam Rabu. Syed atau Syed Shah Iqmal Mohammad Shaifful, 27, berkenaan menghantar rombongan ke rumah personaliti stesen TV Al-Hijarah itu dengan dihadiri keluarga dan sahabat terdekat. Dalam pada itu, Umie turut berpesan kepada Syed untuk menjaga Hana dan mendoakan mereka berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
“Menghitung hari ke alam tanggungjawab yang lebih fokus dan besar. Kunci kebahagiaan sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati terbuka. “Jaga Amanah ini sebaiknya Syed dan Hana. Semoga adikku berdua dalam lindunganNya dan rahmatNya Allah SWT,” katanya. Terdahulu tular foto memperlihatkan Syed dan Hana bersama ibu masing-masing dalam sebuah majlis. Bagaimanapun, Syed enggan mengulas mengenainya dan hanya memberitahu ia pertemuan dua keluarga untuk mengenali lebih dekat antara satu sama lain. Kredit, hmetro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.