Lepas failkan perpisahan, ini pula tindakan Puteri Sarah pada Ira Kazar dan keluarga

PEGUAM kepada pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya itu akan meneruskan saman injuksi terhadap keluarga Kazar Saisi kerana didakwa telah ingkar perintah mahkamah. Menurut Akberdin, isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dan keluarganya ingkar perintah injuksi apabila memuat naik kenyataan berkaitan Puteri Sarah di media sosial selepas perintah itu dikeluarkan. “Kami akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, ayahnya dan kakaknya kerana terang-terangan telah ingkar perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah sivil tempoh hari. “Perintah injunksi itu memang kekal sehingga sekarang tapi jelas sekali mereka sudah ingkar perintah berkenaan,” katanya.

Akberdin berkongsi perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Isnin. Dalam pada itu, Akberdin memberitahu sebelum ini pihaknya sudah menghantar surat amaran kepada keluarga Kazar, namun mereka sekali lagi ingkar dan menganggu defendan.Malah, tindakan lebih berani dilakukan apabila Ira dan Syamsul bernikah di luar negara tanpa mendapat persetujuan daripada mahkamah syariah di Malaysia. “Kita akan tunjukkan jenis-jenis pelnggran yang telah dilakukan. Sebelum ini memang mereka telah melnggr namun selepas diberi surat amaran, mereka tidak lagi melakukannya. “Kali ini nampaknya memang pelnggrn yang paling dahsyat. Mereka sama sekali tidak boleh menganggu defendan sehingga kes mahkamah selesai.

“Tapi mereka buat lagi dan terus ke luar negara bernikah tanpa mendapat izin mahkamah di sini (Malaysia). Jelas, perbuatan itu bercanggah dengan perintah injunksi,” ujarnya. Terdahulu, Sarah telah memfailkan permohonan untuk berpisah di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan pada Isnin. Mahkamah berkenaan kemudian menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebuatan kes. Untuk rekod, Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5. Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi. Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Tahun ni genap 9 tahun Puteri Sarah jadi isteri, paling sedih tarikh sebutan 1 hari sebelum tarikh ulangtahun perkahwinan. SETELAH hampir sembilan tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya nekad memfailkan permohonan pisah terhadap suami iaitu pengarah Syamsul Yusof. Susulan itu, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan pisah berkenaan. Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, ketika ditemui berkata tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah itu dilihat signifikan kerana hampir dengan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka.

“Saya lega, kalau ikutkan tahun ini cukup sembilan tahun perkahwinan kami dan sebenarnya tarikh 7 Mac yang ditetapkan mahkamah ini sangat signifikan kerana 8 Mac adalah tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang kesembilan. “Syukur Alhamdulillah, cukuplah sembilan tahun saya menjadi isteri kepada Mohd Syamsul. Nampaknya tak ada rezeki,” katanya. Sarah berkongsi perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pagi Isnin. Sarah yang tiba kira-kira pukul 10.30 pagi ditemani dua orang adiknya serta diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader.

Dalam pada itu, Sarah turut menegaskan dia bukanlah anti kepada poligami, tetapi dia bertindak menuntut untuk berpisah kerana kecewa ditipu oleh suami. Kata Sarah lagi, segala usaha yang dilakukan untuk memperbaiki hubungan mereka suami isteri nampaknya tidak berhasil. “Sebenarnya poligami itu indah sekiranya suami itu berlaku adil. Tapi sebab saya ditipu dan tak minta izin dan tak berbincang dulu. Jadi saya rasa ini jalan terbaik dan Alhamdulillah saya jalankan tugas sebagai seorang isteri. “Apa yang saya boleh katakan, Alhamdulillah saya sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Saya dah buat yang terbaik, berbincang dengan keluarga, saya bertahan, berjumpa dengan ustaz dan ustazah tapi sama juga masih tiada perubahan,” jelasnya.

Sementara itu, Sarah menyifatkan doanya sewaktu mengerjakan ibadah Umrah telah dimakbulkan oleh Allah. Pelakon drama Andai Itu Takdirnya ini berkata usaha dan istikharah yang dilakukan adalah jawapan kepada semua keputusan yang dibuat. “Hari itu masa saya pergi umrah dan saya minta Allah tunjukkan jalan dan Allah memang dah tunjuk semua. “Bila kita solat istikharah dan bila kita nak buat sesuatu, Allah permudahkan dan rasa tenang hati, dan maknanya inilah petunjuk yang Allah dah bagi,” katanya.

Sebelum ini, Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela dimadukan. Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5. Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi. Kredit, mstar.