Bapa kepada penyanyi, Sissy Imann iaitu Mohammad Kamil Mustaffa, 59, berkongsi mengenai keadaan anaknya ketika ini yang sedang mendiamkan diri akibat kritikan teruk yang diterimanya, Ahad lalu. Dalam pada itu, bapa kepada penyanyi berusia 27 tahun ini menjelaskan buah hati kesayangannya itu kini berkurung dalam bilik, mendiamkan diri dan hanya keluar apabila dipanggil untuk makan.
“Melihatkan keadaannya, saya sedih tapi selama ini dia tetap sudah buat yang terbaik untuk membanggakan kami sekeluarga. Sissy ini seorang anak yang kuat, berdedikasi dan sangat komited dalam semua perkara yang dibuatnya.” Sementara itu, Kamil turut meluahkan dirinya tidak sangka bahawa ramai individu berhati mulia yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada anaknya itu. Malah, dia menganggap hal itu umpama kasih sayang tanpa syarat buat Sissy selepas apa yang menimpa puterinya itu.
“Berlinang air mata ini apabila membaca komen dan doa yang baik-baik diberikan sebagai tanda sokongan kepadanya. Saya dan keluarga akan terus di belakang Sissy untuk menjadi pemangkin semangat.” Terdahulu, Sissy Imann yang bergandingan dengan penyanyi dan pelakon, Naim Daniel dalam program Famili Duo telah menerima kritikan pedas sehingga pelantun lagu Bebas ini dilihat menangis di atas pentas. Susulan daripada itu, rata-rata warganet beranggapan apa yang dipersembahkan adalah satu kelainan kerana Sissy dan Naim telah mempamerkan persembahan yang terbaik.
Sumber: Harian Metro, PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Teruk kena kritik dengan Mas Idayu, ini pula kata kata bapa Sissy Imann. BAPA kepada Sissy Imann tampil memberi sokongan buat anak kesayangannya itu selepas penyanyi itu dilihat terlalu kecewa susulan menerima kritikan pedas daripada juri program Famili Duo, Mas Idayu pada persembahan minggu keenam pada malam Ahad lalu. Mohammad Kamil Moustaff berkata, baik atau buruk Sissy, anaknya itu tetap antara yang terbaik di matanya sebagai seorang bapa. “Buruk atau baik, kamu tetap yang terbaik untuk saya,” katanya. Kamil berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di instastory miliknya pada malam Ahad.
Dalam pada itu, Kamil turut menggunakan lagu Time After Time nyanyian Cyndi Lauper sebagai lagu latar bagi hantaran tersebut. Difahamkan, bait-bait lirik lagu berkenaan seperti ingin memberikan kata-kata semangat buat anak perempuannya itu. “Jika kamu sesat, kamu boleh mencari saya. “Jika kamu jatuh, saya akan sambut dan menunggu kamu,” tulisnya. Terdahulu, persembahan Sissy dan Naim Daniel menerusi lagu Jampi nyanyian Hael Hussaini mendapat kritikan hebat daripada juri Mas Idayu atau Mas Idayu Mesnun, 51. Kata Mas, lagu yang disampaikan tidak sesuai buat mereka kerana menganggap nyanyian duo itu sangat kasar dan tidak sedap. Kredit, Mstar.