Kucing sering tidur dalam kotak pasir. Rupanya ini antara sebab kenapa kucing anda ubah perangai secara drastik.

Ada beberapa sebab mengapa kucing gemar tidur di dalam kotak pasir. Kalau bab tidur, kucing memang boleh terlelap di mana sahaja termasuk di atas katil tuannya, sofa, belakang almari malah dalam kotak pasirnya! Anda pasti tertanya-tanya mengapa kucing sanggup tidur di dalam kotak pasir? Apakah ada alasan di sebaliknya yang membuatkan si bulus tidak kisah melelapkan mata di tempat ia ‘membuang’. Berikut adalah beberapa alasan mengapa kucing tidur di dalam kotak pasir.

1. Bau ‘familiar’ buat kucing tenang

Kucing yang gemar tidur di dalam kotak pasir disebabkan baunya membuatkan ia berasa tenang. Jika anda baru memiliki kucing yang masih tidak biasa dengan persekitaran baharunya, maka ia mungkin akan lebih kerap meluangkan masa di dalam kotak pasir. Ia boleh jadi, kucing berasa ketakutan dan bau dirinya di dalam kotak pasir dapat membuatkan ia tenang. Bagi mengubah tabiat itu, pemilik boleh sentiasa mengubahnya ke tempat lain dan biarkan ia membiasakan diri sehingga ia berasa selesa. Jika ia suka dipeluk, pastikan anda sering memeluknya dan memberinya perhatian yang cukup untuk mewujudkan kepercayaan dan menunjukkan anda menyayanginya.

2. Menanda wilayah

Jika anda memiliki lebih daripada seekor kucing dan hanya beberapa kotak pasir, salah satu kucing akan cuba menanda wilayahnya dengan tidur di dalam salah satu kotak pasir tersebut. Untuk mengatasi masalah ini, pemilik harus membeli lebih banyak kotak pasir sekaligus dapat menyelesaikan masalah merebut wilayah di antara kucing.

3. Masalah kesihatan

Tabiat kucing kerap duduk di dalam kotak pasirnya disebabkan si bulus mungkin sedang mengalami masalah kesihatan seperti sakit buah pinggang, jangkitan pundi kecing dan masalah penghadaman. Ia lebih selesa duduk di dalam kotak pasir kerana apabila ia mengalami jangkitan pundi kecing, si bulus mungkin sukar untuk membuang air kecil sehingga membuatkan ia tidak bertenaga.

Disebabkan itu, kucing lebih selesa duduk dan tidur di dalam kotak pasir bagi memudahkan ia ‘membuang’ apabila terasa hendak berbuat demikian. Tanda-tanda jangkitan pundi kencing termasuk kucing dilihat terseksa membuang air kecil, menangis ketika membuang air kecil, drh dalam urin, menjilat bahagian perut dan mudah marah.

4. Bersalin

Jika kucing anda yang sedang bunting tiba-tiba gemar tidur di dalam kotak pasir, ia mungkin petanda ia bakal melahirkan anak. Ia memilih kotak pasir disebabkan tiada tempat sesuai untuk melahirkan anak. Sebaik-baiknya, sediakan kotak yang dilapik dengan surat khabar dan kain di atasnya. Letakkan kotak itu ditempat yang tersembunyi agar membuatkan kucing betina dapat melahirkan dalam keadaan selesa dan berasa selama. Sumber: Mstar

Si Bulus Ni Macam Manusia Jugak Tau Siapa Sangka Dia Pun Boleh Cemburu. Ketahuilah Ini Beberapa Punca Dan Cara Atasi Kalau Kucing Korang Cemburu.

Seperti manusia, kucing juga mempunyai jenis personaliti yang berbeza. Salah satu daripadanya adalah sifat cemburu, atau seolah-olah sedang cemburu. Antara contoh tingkah laku yang menunjukkan kucing anda cemburu adalah kecenderungan untuk menjadi agresif, kuat berdaya saing, atau berhierarki dalam mendapatkan apa yang diingini seperti makanan atau perhatian.

Kucing yang cemburu lebih cenderung untuk menarik perhatian dan ‘clingy’ berbanding dengan kucing yang lain. Meskipun telatah kucing yang cemburu ini kadang kala memenatkan, ada beberapa langkah yang anda boleh buat untuk menghentikan rasa cemburu kucing ini. Kuncinya adalah dengan mengenal pasti mengapa kucing anda berasa cemburu.

Kenapa kucing boleh cemburu?

Seperti manusia, kucing juga boleh berasa cemburu apabila mereka disisihkan atau persekitaran menjadi lain. Ada beberapa punca kecenderungan si bulus menjadi cemburu, antaranya adalah: 1. Kurang perhatian daripada tuan sendiri. Boleh jadi si tuan lebih memberi perhatian kepada haiwan lain atau kedatanganbayi baru.

2. Cara penjagaan semasa kucing kecil boleh membuatkan mereka menjadi terlalu bergantung kepada anda, sehingga menunjukkan tanda-tanda cemburu jika kurang perhatian. 3. Tiada ruang sendiri seperti tempat tidur boleh membuat kucing berasa terancam oleh haiwan peliharaan lain.

Tanda-tanda kucing cemburu: Tingkah-laku si bulus yang cemburu kebiasaannya termasuk mendesis (hissing), menggeram (growling) dan juga memukul objek yang dicemburui seperti telefon bimbit dan mainan. Kucing yang cemburu juga akan menceroboh ruang peribadi anda. Sebagai contoh, kucing akan menyelit atau baring di hadapan anda semasa anda sedang bermain permainan video atau menggunakan telefon bimbit. Kucing akan berusaha untuk membuat anda memberi perhatian kepada mereka.

Si bulus yang cemburu juga boleh bertindak mencari perhatian dengan menjadi lebih agresif seperti mencakar dan menggigit. Jadi, jika wayar pengecas telefon bimbit anda sering putus digigit kucing, mungkin dia memerlukan perhatian? Sesetengah kucing pula akan sengaja membuat air kecil ke dinding atau mana-mana kawasan rumah dengan sengaja meskipun mereka sudah dilatih untuk membuang ke pasir yang disediakan.

Macam mana nak atasi masalah ini? 1. Kenal pasti punca kucing anda cemburu. Boleh jadi ia disebabkan oleh kemunculan haiwan peliharaan baru ataupun kelahiran bayi. 2. Luang masa bersama kucing adalah cara yang paling mudah untuk atasi masalah ini. 3. Beri kucing ruang privasi yang secukupnya. Ingatkan pasangan je boleh cemburu, kucing pun sama?! Kredit: The Spruce Pets

Kalau Kucing Kesayang Sakit Jangan Sesekali Bagi Ubat Manusia Pada Kucing. Ini Masalah Lain Yang Akan Datang.

Siapa yang tak bimbang kalau kucing kesayangan kita sakit, tapi tambah sakit teruk lagi apabila ada yang sanggup berikan ubat sendiri hanya kerana mahu melihat si bulu kembali ceria. Tetapi persoalannya, adakah ubat-ubatan yang dihasilkan untuk kegunaan manusia boleh membantu melegakan haiwan yang sakit? Kalau ada yang pernah buat sedemikian, rasanya boleh hentikan cara itu kerana perbuatan itu sebenarnya boleh mendatangkan mudarat kepada haiwan kesayangan anda!

Sistem badan haiwan seperti kucing dan anjing berbeza dengan manusia dan memberi mereka makan ubat yang biasa diambil manusia boleh mendatangkan bahaya. Ini termasuk perubatan semulajadi atau tradisional seperti menyapu minyak angin atau seumpamanya sekiranya haiwan anda mengalami luka kerana ia boleh menimbulkan masalah lain.

Antara kesan sampingan yang boleh berlaku termasuk pendarahan dalaman, masalah neurologi, munta-muntah, cirit-birit yang boleh membawa kepada kehilangan. Jadi sekiranya haiwan peliharaan anda sakit atau pun tercedera adalah lebih baik terus membawa mereka ke klinik veterinar. Sumber : Mstar

Kucing Bukanlah Haiwan Yang Gemar Akan Tidur. Tak Sangka Sebenarnya Ia Lindungi Kita Daripada Sesuatu.

Terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang boleh kita perolehi apabila kita memelihara dan menyayangi kucing. Memelihara kucing memberi kesan kepada banyak aspek kehidupan manusia seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental, cara hidup dan sebagainya.

Memelihara kucing mengajar kita untuk berkongsi rezeki tidak kira sama ada makanan, minuman, tempat tinggal dan kasih sayang. Sifat berkongsi dengan makhluk comel ini lambat laun akan menjadikan kita seorang manusia yang pemurah dan baik hati.

Pencinta kucing harus baca…rahsia kelebihan memelihara kucing dari sudut spiritual. Ramai yang menyangka kucing tidak mempunyai apa-apa pekerjaan, mereka hanyalah makhluk pemalas yang hanya tahu makan dan minum. Hurm, bukan itu sebenarnya!

Adakah anda tahu bahawa di zaman ini lebih ramai org memiliki kucing berbanding anjing? Tahukah anda apa misi dan tugas seekor kucing ???

Saya akan merungkai beberapa tip rahsia seekor kucing yang belum anda ketahui. Semua kucing mempunyai kuasa, secara harian utk menyingkirkan energi negatif dr tubuh kita. Sebaik sahaja kita tidur, kucing akan menyerap energi ini. Jika ada lebih ramai org dlm satu keluarga, dan hanya ada seekor kucing, kucing juga mampu menyerap semua lebihan energi negatif dari semua orang ini.

LEPASKAN ENERGI NEGATIF

Apabila mereka tidur, badan kucing akan melepaskan energi negatif yg telah mereka serap dari kita tadi. Jika kita terlebih stres, kucing akan mengambil lebih masa utk melepaskan energi ini dan energi negatif ini akan menjadi lemak dalam badan kucing sehingga ia dilepaskan. Kita akan berfikir bahawa mereka gemuk, disebabkan makanan yg kita berikan!

“Bagus untuk mempunyai lebih dari seeokor kucing di rumah, supaya beban utk menyerap energi negatif dapat dibahagi sama rata antara mereka.”

Kucing juga akan melindungi kita di malam hari, agar tiada roh yg tidak diperlukan memasuki rumah semasa kita tidur. “Sebab itu mereka suka tidur di atas katil dengan kita. Dan jika mereka fikir kita baik2 sahaja, mereka tidak akan tidur dengan kita di malam itu.” Sekiranya ada sesuatu yg pelik berlaku disekeliling kita, mereka akan terus melompat ke atas katil utk melindungi kita.

CUBA LINDUNGI TUANNYA

Jika ada orang yang berkunjung ke rumah kita, dan kucing merasakan bahawa ada bahaya atau benda buruk, kucing akan mengelilingi kita utk melindungi kita. Kita harus la berwaspada. Sekiranya mereka berlari mendapatkan orang itu, mencium mereka dan ingin dibelai, kita tahu bahawa boleh berehat.

Jika anda tiada kucing, dan ada kucing jalanan memasuki rumah anda, peliharalah kucing tersebut, kerana anda sesungguhnya memerlukan kucing pd saat itu…

‘Hurm, kucing jalanan sedia membantu anda!”. Berterima kasih lah kerana rumah anda telah dipilih oleh si kucing untuk tujuan ini. Jika anda tidak boleh memelihara kucing jalanan tadi, cari la tempat yg sesuai untuknya. Kucing biasanya datang kepada kita secara fizikal tanpa sebab2 yg diketahui, dan di dalam mimpi kita dapat melihat sebab kenapa kucing itu muncul seketika. Berkemungkinan ada hutang karma yang harus dibayar kembali kepada kita. Mereka mesti melindungi anda. “Oleh kerana itu jangan takut atau menakutkan kucing.” Kerana ia pasti kembali kepada anda untuk memenuhi tanggungjawabnya kucing menyembuhkan kita.”

Kucing adalah makhluk yg comel, kasih mereka kepada kita sgt jujur dan melebihi segalanya, cuma mereka punya cara yg berbeza utk menzahirkan kasih mereka.

“Mereka adalah sahabat teragung dan terbaek antara semua2 sahabat…” *Manusia yang alergi pada kucing secara emosinya adalah gagal utk mencintai seseorang secara mendalam, kerana mereka sering melindungi perasaan sebenar meraka.” Sumber Kredit: My Own Pet Shop.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.