Lisa Blackpink juga dilihat menggunakan ear seeds. Idol K-pop sering tampil mengenakan pelbagai aksesori seperti rantai, gelang tangan, cincin dan sebagainya sebagai pelengkap gaya mereka terutamanya ketika mengadakan persembahan pentas. Bagaimanapun aksesori telinga yang dipakai Lisa yang juga anggota kumpulan Blackpink mencuri perhatian peminat kerana ia bukan aksesori biasa yang sering dipakai di bahagian itu. Rupa-rupanya, Lisa sering mengenakan ear seeds yang bukan sahaja berfungsi sebagai aksesori tetapi memiliki pelbagai kebaikan untuk kesihatan.
Seperti namanya, ear seeds berbentuk seperti biji kecil dan ‘ditanam’ di beberapa bahagian telinga sebagai alat akupuntur. Ear seeds termasuk sebagai salah satu jenis terapi auriculo iaitu perubatan tradisional Cina yang memfokuskan pada kawasan telinga. Terapi itu dibuat bagi meningkatkan pelepasan endorfin tubuh.
Terdapat pelbagai manfaat menggunakan ear seeds.
“Dalam perubatan Cina, telinga mempunyai mikrosistem daripada seluruh tubuh dengan pelbagai titik tekan yang melakukan pelbagai perkara termasuk menghilangkan rasa sakit, membetulkan sistem penghadaman, menyeimbangkan hormon dan menenangkan fikiran,” jelas pakar perubatan tradisional, Shari Auth. Berikut adalah beberapa manfaat penggunaan ear seeds.
1. Melegakan sakit punggung
Kajian yang dilakukan pada 2013 mendapati ear seeds mampu mengurangkan rasa sakit dan meningkatkan pergerakan pada 19 orang yang mengalami sakit punggung.
2. Insomnia
Sebuah kajian pada 2015 mengkaji 15 jurnal tentang akupuntur dengan menggunakan ear seeds untuk mereka yang menderita insomnia. Hasilnya, kajian itu mendapati bahawa kombinasi ear seeds dan akupuntur mampu meredakan masalah tersebut.
Ear seeds adalah salah satu bentuk akupuntur.
3. Mengurangkan rasa sakit
Dengan menggunakan ear seeds, seseorang dapat mengurangkan rasa sakit yang dialami malah kajian pada 2015 membuktikan perkara itu apabila rasa sakit 16 koresponden berada pada tahap minimum selepas meletakkan ear seeds di telinga mereka.
4. Mengurangkan tekanan
Ear Seeds sangat baik untuk meredakan tekanan, kebimbangan melampau, kemurungan serta membantu pesakit dengan masalah ini untuk tidur dengan lebih baik. Sumber: mstar
Rupanya Produk Ini Pada Asalnya Dicipta Untuk Orang Kurang Upaya. Ketahui 5 Produk Milik Mereka Ini.
Zaman serba moden ni banyak je kan produk canggih yang memudahkan kita sebagai pengguna. Kadang-kadang tu ada satu produk pelbagai fungsi lagi. Tetapi korang nak tahu tak lima produk harian ni sebenarnya dicipta untuk orang kurang upaya. Kalau korang nak tahu, jom kita tengok apakah produknya.
Mesin taip/ Papan kekunci
Sekarang ni semua orang mesti sekurang-kurangnya ada satu laptop atau komputer peribadi kan? Kalau tak pun mesti ada handphone. Tetapi, kalau korang nak tahu sebenarnya mesin taip zaman dahulu dan papan kekunci yang ada pada laptop, komputer dan telefon bimbit itu pada asalnya dicipta untuk orang buta. Ia dicipta oleh seorang warga Itali bernama Pellegrino Turri untuk kawannya Countess Carolina Fantoni da Fivizzano yang tidak dapat menulis surat dengan tangan disebabkan cacat penglihatan.
Berus gigi elektrik
Pada tahun 1954, berus gigi elektrik Broxodent telah dicipta untuk membantu golongan yang mempunyai kekuatan, mobiliti dan kawalan yang terhad untuk memberus gigi dengan baik. Didapati ciptaan ini ternyata lebih bagus berbanding berus gigi biasa sehingga pada tahun 2019, kajian mendapati individu yang menggunakan berus gigi elektrik kurang mengalami kerosakan gigi, gusi lebih sihat dan gigi bertahan lebih lama.
Aplikasi ‘speech to text’ dan pengecaman suara
“Hey Siri!”, pengguna telefon pintar seperti iPhone pastinya sudah terbiasa dengan bantuan Siri. Rupanya teknologi seperti Siri ini bukan sahaja terdapat dalam sebahagian besar telefon pintar, tetapi ia juga digunakan dalam pesawat tentera, sistem navigasi/hiburan kereta dan automasi rumah. Jadi, sebenarnya ia dicipta untuk siapa? Ia pada awalnya dicipta untuk mereka yang tidak dapat menulis secara fizikal akses. Dengan menggunakan teknologi ini, ia membolehkan pengguna menghasilkan dokumen bertulis dengan hanya menggunakan suara sahaja. Kini, terdapat juga variasi produk ini yang dicipta khusus untuk orang yang bekerja di mahkamah atau ahli transkripsi perubatan.
Fidget spinner
Satu permainan yang pernah menjadi sangat popular sekitar tahun 2017 dahulu. Boleh dikatakan kebanyakan kanak-kanak pada ketika itu pasti pernah bermain permainan ini. Fidget spinner ini sebenarnya dicipta untuk membantu menenangkan individu yang mengalami autisme, ADHD dan gangguan kebimbangan. Walaupun tiada kajian yang mengesahkan penggunaan fidget spinner ini sebagai alat penenang, tetapi ramai yang menggunakan ia apabila stress termasuklah dalam kalangan eksekutif perniagaan mahupun pelajar sekolah yang kebosanan.
Straw boleh bengkok
Seorang lelaki bernama Joseph Friedman pada tahun 1930-an telah mengubah reka bentuk straw lurus dengan menghasilkan penyedut minuman yang boleh bengkok. Joseph mendapat idea setelah menyedari anak perempuannya mengalami kesukaran untuk minum air menggunakan straw yang lurus. Justeru, dia mencipta straw bengkok dengan meletakkan skru di dalam straw lurus lalu membalutnya dengan benang gigi untuk mendapatkan kesan beralun.
Walaupun pada asalnya straw bengkok ini bukan dicipta untuk orang kurang upaya, tetapi hospital antara tempat pertama yang menggunakan ciptaan ini untuk membantu pesakit minum dalam keadaan baring.
Sumber: iluminasi