Jika dilihat pada rupa paras penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, pasti tidak menyangka bahawa dia kini sudah memasuki usia 50 tahun. Namun, wajahnya masih kelihatan awet muda dan makin cantik! Hasil risikan, ternyata Datuk Syafinaz sangat menitikberatkan penjagaan kulit dan badan sejak usianya 16 tahun lagi. Datuk Syafinaz berkata, dia sangat menitikberatkan penjagaan kulit dan badan memandangkan memiliki jenis kulit yang sangat sensitif.
Bagi memastikan kulitnya sentiasa bersih dan sihat, penyanyi lagu Persis Salju ini sanggup menghabiskan wang dan masa untuk kepuasan dirinya. Bukan itu sahaja, selebriti kelahiran Pontian, Johor ini akan menggunakan sheet mask bagi memastikan kulitnya tahan lembap.. “Dalam masa sehari, Datuk Syafinaz akan guna 2 sheet mask. Sama ada harga mahal atau murah, guru vokal ini ada lebih daripada 10 jenis sheet mask yang berbeza jenisnya,”ujarnya.
Selain itu, pelontar suara soprano akan memastikan dirinya sentiasa terhidrat dengan minum dua gelas air kosong setiap pagi. “Dan, saya juga akan memastikan setiap pagi saya bangun tidur, saya akan minum dua gelas air kosong,”ujarnya lagi. Untuk pengetahuan, amalan minum air pada waktu pagi terutama selepas bangun tidur dapat mencuci perut dan mengimbangkan sistem limfa. Apabila sistem limfa stabil dan seimbang, maka badan akan memiliki sistem imun yang kuat. mengelakkan badan daripada jatuh sakit dengan kerap.
Sumber, Murai.my. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Muat naik video dengan penampilan terbaru, ramai yang teruja bila tengok Datuk Syafinaz macam ni. Penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat mendapat perhatian warganet apabila tampil sopan dalam sebuah perkongsian di media sosial miliknya. Menerusi perkongsian di Instagram, Syafinaz memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dia sedang membuat promosi mengenai sebuah karnival. Lebih menarik perhatian, dalam rakaman tersebut pelantun lagu Ingin Bersamamu itu tampil sopan dengan mengenakan hijab serba gelap. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja melihat penampilan Syafinaz yang sopan berhijab itu. Malah ramai juga mengagumi kecantikan penyanyi itu yang kekal jelita biarpun usianya kini mencecah 50 tahun. Klik sini untuk lihat video.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian Syafinaz itu telah meraih 16,000 tontonan dan lebih 2,000 tanda suka. Kredit Xtra.