Rezeki tak salah alamat, Ayda Jebat dinobatkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia 3

Betta Fish atau figura sebenarnya, penyanyi Ayda Jebat diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3). Membawakan lagu Titanium nyanyian asal David Guetta ft Sia, Betta Fish berjaya menewaskan empat maskot lain. Manakala untuk segmen kedua duet bersama artis jemputan pula, Betta menyampaikan lagu berjudul Salam Terakhir bersama Marsha Milan. Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat membawa pulang hadiah sebuah trofi seperti mana mengikut format negara-negara lain.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Nyoq Muda yang disarungkan oleh Syamel manakala kostum Piza Panas yang dipakai oleh Han Byul mendapat tempat ketiga. Sementara itu tempat keempat pula menjadi milik Dewi Angsa (Mimi Fly) dan kelima pula adalah Brokoli (Hael Husaini). Astro awani Setiap pemenang membawa pulang trofi The Masked Singer Malaysia. Selain Misha dan Elly, juri lain yang menggalas tanggungjawab adalah Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Didie Alias, Atu Zero serta Emma Maembong. Manakala Ella Aminuddin merupakan juri tetap untuk tiga musim berturut-turut sementara pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat. Sesi rakaman TMSMY3 dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Kredit Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.