Pelakon jelita Siti Saleha sebelum ini pernah berkongsi bahawa dia sedang mengenali hati budi seorang pereka fesyen, Joshua Fitton. Pemilik nama sebenar Siti Saleha Mohd Baharum ini berkata dia dan pasangan belum lagi berbincang akan hari bahagia mereka kerana masih dalam tempoh pengenalan. “Sekarang ini memang saya kongsikan wajahnya di Instagram (IG), sebab kami memang dah rasmi sebagai pasangan kekasih. Tapi kalau lebih daripada itu kami tak pernah bincang apa-apa.”
Aktres kacukan itu juga tidak kisah jika perhubungan mereka akan mengambil masa yang agak lama sebelum mendirikan rumah tangga. “Kalau lama kenal bertahun-tahun pun kami tak kisah sebab saya nak betul-betul yakin kali ini. Saya tak mahu buat sebarang kesilapan. Tapi kita tak tahu kan, kalau buat silap lagi kita berlajarlah dari kesilapan. Itulah perjalanan kehidupan kita. Heroin drama 7 Hari Mencintaiku yang ditemu bual ketika sesi fotografi kempen Media Prima Seindah Kasih, pada Isnin lalu turut memberitahu sepanjang bulan Ramadan ini dia tidak terlibat dengan sebarang penggambaran drama atau filem tetapi jadualnya dipenuhi dengan jemputan majlis, membuat kandungan serta komitmen sebagai duta produk.
Kredit: Oh Bulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Ramai yang teruja bila Siti Saleha dan Ben Amir dapat Bintang Anugerah Telenovela. Pelakon Popular Siti Saleha dan Ben Amir dinobatkan sebagai Ratu Telenovela dan Bintang Telenovela pada malam kemuncak Anugerah Telenovela kali ke-8 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi. Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Saleha, 33, mengakui populariti drama 7 Hari Mencintaiku musim pertama dan kedua yang berjaya melonjakkan namanya untuk menerima anugerah terbabit. Alhamdulillah, a big win (kemenangan besar) untuk drama 7 Hari Mencintaiku 2 semalam. Kami dinobatkan untuk telenovela paling popular 2020, novel popular dan pelakon popular, terima kasih kasih Anugerah Telenovela.
Saleha juga mengucapkan terima kasih kepada peminat setia drama bersiri 7 Hari Mencintaiku yang sentiasa menyokong sepanjang tiga musim drama itu bersiaran di TV3. Terima kasih kepada peminat setia drama ini yang sentiasa support (sokongan) sepanjang tiga musim. You are the best (anda semua terbaik) dan sayang korang,” tulisnya. Sumber headtopicsPada malam itu juga, Saleha turut memenangi trofi Pelakon Wanita Telenovela Popular 2020. Ben atau nama sebenar Muhammad Amir Sabaruddin, 32, pula menerima anugerah itu menerusi lakonan mantapnya dalam drama Sang Pewaris yang bersiaran di TV3. Ben yang sudah sedekad berkecimpung dalam bidang lakonan juga memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Telenovela Popular bagi tahun 2019 dan 2020.
Sementara itu, drama Ayahanda arahan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar terbitan Zeel Production yang diterajui pelakon hebat Jalil Hamid dan Fauziah Ahmad Daud pula dinobatkan sebagai Telefilem Terbaik. Tidak ketinggalan, pelakon Beto Kusyairy yang menerima anugerah Pelakon Lelaki Telefilem Terbaik dan Fatimah Abu Bakar pula bagi Pelakon Wanita Telefilem Terbaik. Kredit Harian Metro