Pelakon Anna Jabling tampil menyatakan dirinya kini tidak lagi berani untuk berjalan sendiri di Singapura susulan kejadian yang berlaku kepada aktor Kamal Adli, baru-baru ini. Sebelum ini, industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan berita Kamal telah disrng dan dipkl oleh individu yang disangka peminat dengan menggunakan cotar besi. Menurut Anna, kecelakaan yang menimpa Kamal boleh berlaku kepada orang lain di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa, namun dirinya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati. Saya tak terfikir tapi ya, akan lebih berhati-hati. Saya selalu ingatkan diri, kalau benda nak berlaku anywhere, anytime, anyplace. Sekarang pun kalau orang nak datang srng, bila-bila masa kita tak pernah dapat tahu atau jangka.
Kalau di Singapura memang saya suka berjalan seorang diri di Orchard Road. Kadang-kadang, saya lupa orang kenal diri saya. Saya dah terbiasa buat benda secara sendiri. Tapi lepas apa yang berlaku kepada Kamal, saya akan lebih berhati-hati. Sudah tentu, saya kena ingat sekarang saya Anna Jobling. Bahaya. Walaupun saya pakai topi dan pelitup muka, orang masih kenal,” katanya. Perkara itu telah dikongsikan oleh Anna ketika ditemui di majlis tayangan episod perdana drama rantaian, Melur Untuk Firdaus 2. Mengakui dirinya mula meningkat naik dan dikenali ramai, Anna bagaimanapun menyifatkan Singapura sebuah negara yang aman dan damai.
Malah, dirinya kini sudah pun mula melebarkan sayapnya dalam bidang perniagaan di negara maju itu. Saya ada jual produk keluaran (merchandise) keluaran saya di Singapura dan ‘sold out’ dalam tempoh hanya tiga hari. Saya akan ke Singapura bulan hadapan untuk jual baju raya di sana. Setakat ini, sekuriti memang ada di semua tempat yang saya kunjungi. Penganjur sediakan cuma tak perlulah kita dedahkan rasanya. Memang sebelum ke mana-mana acara luar negara, memang pihak saya akan ‘request’,” jelasnya.
Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.