Sejak konflik rumah tangganya mula tular di laman sosial, tidak dapat dinafikan rezeki Nurul Shuhada yang juga merupakan bekas isteri kepada pelakon sensasi, Hafidz Roshdi semakin mencurah-curah apabila ramai pihak tampil membantunya. Malah, baru-baru ini, influencer dan usahawan popular, Hafiz Mahamad telah memanggil Shuhada untuk hadir ke kliniknya, Ainaa Clinic untuk membantu menghilangkan parut wajahnya selepas 10 jahitan ditanggalkan.
Bukan itu sahaja, usahawan yang berusia 30 tahun itu turut memaklumkan dia akan memberi bantuan secara bulanan kepada Shuhada dan anak-anaknya dan berharap agar namanya terkandung dalam doa wanita terbabit. “Saya datangkan Shu ke sini untuk doktor tengokkan parut wajah dia. Saya tak ada ikat apa-apa berkenaan kerja atau apa-apa agreement. Saya akan bagi bantuan bulanan pada dia dan anak-anak. Semoga ada kami dalam doanya. Insya-Allah, semuanya akan baik-baik nanti,” ujarnya lagi. Selain Hafiz Mahamad, terdapat beberapa selebriti yang lain tampil berkongsi rezeki kepada Shuhada dengan memberikan peluang pekerjaan seperti usahawan Aliff Shukri yang melantik sebagai duta tudung dan model fesyen muslimah untuk Bella Ammara.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.