Baru-baru ini, kecoh di platform media sosial warganet pertikaikan harga biskut jualan Nurul Shuhada iaitu Satu Tak Cukup Shelup Shelup terlalu mahal untuk dibeli. Malah, warganet berkata mereka hanya mampu tolong dari segi sedekahkan doa saja buat ibu anak dua itu kerana harga terlalu T20. Barangkali sedar mendapat komen-komen yang tidak enak, Shuhada atau mesra disapa sebagai Shu tampil perjelaskan sebab harga biskutnya bernilai RM179. Menurutnya, di dalam satu kotak biskut dijual itu mempunyai enam jenis biskut yang berbeza, tiga dipping sauce, dua crumbs untuk dicelup supaya tambahkan kerangupan bila makan.
Kata Shu lagi, barang-barang yang digunakan semuanya premium dan bukannya bahan-bahan yang murah seperti didakwa warganet. Kredit Soya Lemon. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Bergelar janda selepas dilepaskan Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada baru-baru ini dilihat semakin berani tampil di media sosial dalam mempromosikan perniagaan yang diusahakan. Salah satunya adalah biskut yang ditawarkan di bawah jenama Satu Tak Cukup Shelup Shelup. Menerima ujian yang besar dalam hidup, para warganet juga dilihat bersemangat untuk membantu wanita ini membesarkan anaknya dengan berniat untuk support perniagaan yang diusahakan. Dalam pada itu, promosi biskut jenama Satu Tak Cukup Shelup Shelup daripada Nurul Shuhada ini menerima respon yang berbeza apabila biskut yang dijual ditawarkan pada harga mencecah RM179 tidak termasuk kos penghantaran yang menelan belanja sebanyak RM15. Harga biskut mahal yang dijual sekaligus membuatkan segelintir warganet yang memilih untuk sekadar mendoakan agar perniagaan yang diusahakan terus maju berbanding untuk mendapatkannya.