Pengarah sensasi, Syamsul Yusof meluahkan rasa kecewa apabila harapan untuk bertentang mata dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini, hari ini tidak kesampaian. Syamsul yang diwakili sepupunya, Muhammad Nazri bagaimanapun menghormati proses yang dijalankan hampir dua jam itu walaupun dibuat secara berasingan hingga menyukarkan dirinya untuk mencari jalan perdamaian. “Melalui proses JKP pagi ini saya harap dapat berjumpa Sarah, tapi malangnya proses itu dijalankan secara berasingan. Saya akur dan mengharapkan masalah rumah tangga kami ini dapat diselesaikan secara baik.
“Saya mahu Sarah menerima poligami ini. Saya ingin berbincang dalam seminggu berapa hari kami boleh berjumpa. Kalau dia tidak mahu, saya tetap ingin berbincang. Saya sangka dapat bersemuka dengan dia tadi tapi proses JKP bukan sebegitu. Jadi saya agak kecewa namun hanya ikut proses mahkamah dan mampu buat yang terbaik,” katanya ketika ditemui selepas proses JKP berakhir yang dianggarkan berlangsung hampir dua jam. Menurut Syamsul, penyelesaian untuk berpisah bukan satu keputusan yang mudah untuk dilakukan, sebaliknya banyak faktor lain yang perlu difikirkan.
“Orang selalu cakap kenapa saya enggan melepaska Sarah. Pertama sekali, kami adalah pasangan suami isteri dan lebih tahu urusan rumah tangga dan hal dalam kain. “perpisahan bukan hal yang mudah untuk dilakukan. Hakikatnya ramai orang yang mengalami masalah besar selepas berpisah seperti tuntutan hak penjagaan anak, nafkah dan macam-macam lagi. “Jadi sebab itulah saya nak sangat bertemu Sarah untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini dengan baik dan harmoni,”katanya. Dalam masa sama, Syamsul memberitahu, dia akan mempertimbangkan permintaan Sarah untuk dilepaskan sekiranya wanita itu bersedia untuk bersemuka.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perpisahan mereka. Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak. JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian. Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan perpisahan di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan itu selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini. Sesi JKP gagal, Puteri Sarah tetap mahu berpisah. Sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) membabitkan pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, hari ini, gagal mencari jalan penyelesaian apabila Puteri Sarah tetap dengan keputusan untuk berpisah.
“Saya masih dengan keputusan untuk berpisah dan tidak mahu berdamai. Cukup-cukuplah saya sudah penat. Lepaskan saya saja,” katanya. Menerusi sesi yang berlangsung hampir dua jam itu, Puteri Sarah yang diwakili adiknya, Dr Puteri Sofea nekad dengan keputusan untuk berpisah dengan Syamsul dan menyerahkan perkara itu pada sesi sebutan kedua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 10 April ini. “Saya memilih untuk tidak berjumpa dan sebilik dengan Syamsul, hari ini. Jadi, saya dan adik hanya berjumpa dengan pegawai yang dilantik dan menceritakan segala-galanya mengenai konflik rumah tangga kami serta bukti.
“Bagi saya, pegawai Jawi perlu tahu apa yang berlaku supaya ada jalan penyelesaian atau sebaliknya. Saya tegaskan kepada pegawai berkenaan saya memang tidak mahu bersama kerana sudah penat dengan masalah yang ditanggung selama beberapa tahun ini. Selepas ini kami akan bertemu di mahkamah untuk hakim mendengar keputusan yang gagal dicapai pada sesi JKP ini. Saya harap saya cepat-cepat ‘dilepaskan’ dan sekiranya dia enggan melepaskan proses seterusnya adalah melantik hakam bagi permohonan ini,” katanya.
Walaupun suaminya masih memberi harapan rumah tangga mereka masih dapat diselamatkan, namun Puteri Sarah menegaskan, dia enggan kembali ke pangkuan Syamsul. “Tidak. Saya tak nak berbaik atau kembali ke pengakuannya. Saya hanya mahu berpisah . Malah, sepanjang prosiding perpisahan ini, dia memang tidak bertemu saya atau anak-anak. Saya ingin tegaskan juga dia hanya ajak berjumpa ketika saya beritahu dia sekat WhatsApp saya sebelum ini. Tapi yang terbaharu ini memang tiada. Jangan cerita benda yang dah lama,” katanya.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perpisahan mereka. Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak. JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian. Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan perpisahan di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan pisah selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini. Berdasarkan dokumen diperoleh, antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk berpisah adalah sudah tidak ada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri, menurut hukum syarak. Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.
kredit: hmetro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.