Pelakon berkaliber, Nabila Huda, 38, berkongsi perkembangan terkini anak perempuannya, Keisha Laila, 13, di yang telah memasuki sekolah menengah wanita. Berdasarkan perkongsian di Instagram, Nabila bertanya khabar dan mengusik Keisha tentang perasaannya pertama kali menyertai sekolah kerajaan setelah beberapa tahun menimba ilmu dalam sekolah swasta. Macam mana girl first day of school? Terkejut masuk sekolah governement, hahaaa! Baru awak tahu… Seronokkan berapa tahun sekolah private kan. You can do it baby, go girl!,” katanya dalam video d Instagram Stories (IGs). Klik sini untuk lihat video.
Dalam pada itu, menerusi hantaran terkini Nabila atau lebih mesra disapa Abil meluahkan rasa sebak serta memuat naik foto bersama anaknya yang memakai baju seragam sekolah jenis ‘pinafore’. Menurut Abil, terdapat satu kisah lucu yang terjadi kepada dua-beranak ini saat pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah iaitu tidak memakai baju kurung ketika bulan Ramadan.
She made it to the girls school! First day school dah kecorable sebab salah uniform. Too excited and nervous at the same time sampai lupa pula bulan Ramadan nak kena pakai baju kurung. Adoi mummy nie. Alhamdulillah, akhirnya dia dapat masuk sekolah walaupun lambat seminggu but semuanya baik-baik saja. Janji dah selesai. Kalau tak, punya la susah hati mummy ni. Keisha dah masuk sekolah menengah. Sebak ada, happy ada. Ish tak tahu nak cakap macam mana. Enjoy your new journey in goverment school. Mummy loves you so much tau,” tulis Abil di kapsyen.
Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.