Dalam perkahwinan tak kisahlah selebriti atau orang biasa sebenarnya ada naik dan turunnya. Demikian ulas pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari mengenai rumah tangga yang dilanda badai baik orang biasa ataupun yang bergelar artis. Menerusi temu bual bersama Hlive, Awal mengakui dengan berkongsi masalah rumah tangga secara terbuka di media sosial bukanlah satu cara terbaik. Tipulah kalau saya kata, saya dan isteri tak pernah ada masalah, tipulah kalau saya dan Scha setuju angin sahaja.
Kita manusia, kadang-kadang kita ada benda yang kita setuju dan juga ada yang bercanggah pendapat dan banyak masalah yang kami lalui bersama. Maksudnya sebagai ‘public figure’, bukan semua benda kita lalui, kita kena kongsi. Walaupun kita milik orang ramai tapi ada bahagian yang kita simpan. Kadang kita ada masalah pun, kita tulis status di media sosial pun secara tak langsung akan ‘reflect’ hubungan atau perkahwinan kita dan kena cepat-cepat buang perkara itu. Tambah bekas pengacara program hiburan popular TV3, Melodi itu, walaupun niat asal untuk berkongsi masalah, keadaan boleh menjadi keruh apabila berlaku campur tangan pihak ketiga.
Bila tengok ramai rakan-rakan artis yang secara terang-terangan berkongsi di sosial media nak dapatkan sokongan daripada warganet tentang hubungan mereka. Apa yang Awal boleh katakan, masalah suami isteri, orang ramai tak tahu. Dan untuk kita dedahkan masalah kita nak dapatkan pendapat orang ramai, kadang-kadang pendapat itu baik, kadang-kadang pendapat itu macam akan mendorong kita membuat keputusan yang kita sendiri tak nak.
Bagi saya, adalah terbaik untuk kita kalau ada masalah sebagai selebriti, kita selesaikan secara peribadi sebelum berkongsi pada orang,” jelas Awal. Dalam pada itu, Awal turut menitipkan pesan kepada semua agar tidak mencurahkan minyak ke dalam api sebaliknya mendoakan yang terbaik. Dan pada orang di luar sana, cukup-cukuplah mengapi-apikan atau menokok nambah sebab kita tak lalui apa yang mereka lalui dan mungkin journey mereka berlainan dengan perjalanan hidup kita.
Apa yang kita boleh buat adalah doakan mereka sentiasa menemui jalan penyelesaian yang baik,” pesannya. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.