Pelakon dan pengacara, Mira Filzah memberitahu ada rancangan untuk menambah zuriat tetapi mahu memberi fokus terlebih dahulu kepada cahaya mata sulung, Wan Khair Amir. Memetik laporan Utusan Malaysia, dia mahu memberi sepenuh perhatian kepada Amir yang baru berusia setahun tambah pula kini Mira sudah kembali aktif berlakon semula. Perancangan itu ada tetapi bukan dalam masa terdekat. Saya mahu fokus Amir dulu. Memang saya dan suami ada berbincang menambah zuriat tetapi nanti dulu, kita beri perhatian kepada Amir dulu. Sekarang pun saya sudah kembali aktif selepas lebih setahun ‘berehat’. Saya lebih banyak luangkan masa dengan Amir sejurus pulang ke rumah dari set penggambaran.
Apa sahaja yang saya lakukan, keutamaan tetap suami dan anak. Tiada niat lain untuk mencari rezeki halal selain daripada keluarga. Perubahan hidup mematangkan saya. Sementara itu, Mira bersyukur suami memberi sokongan dan tidak menghalang dirinya untuk kembali aktif dalam dunia seni. Alhamdulillah, suami sangat terbuka saya kembali aktif. Dia adalah sistem sokongan saya yang terbesar. Tetapi saya sedar batas dan had sebagai seorang isteri.
Apa yang saya lakukan, adalah kehendak saya. Suami selalu memberi sokongan selagi tidak bercanggah dengan hukum hakam. Saya seorang isteri dan ibu, saya tahu peranan itu. Saya lebih berhati-hati kerana tidak mahu tempiasnya kena pada suami dan anak. Saya sebagai wanita cuba menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk mereka,” ujarnya.
Untuk rekod, Mira dan Wan Emir telah mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan menyambut ulang tahunnya yang ke-30, semalam. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.