Pelakon Anwar: The Untold Story menyatakan yang dia hairan dengan isterinya, Diana Danielle yang dah berbaik semula dengan ibu kandung, Norsiah Ramli. Memetik laporan Kosmo!, Farid, 42 mendedahkan yang sebelum Diana halau ibunya sendiri dari rumah sejak 2019. Perkara itu dikongsikan kepada wartawan setelah Farid terkejut melihat Mama (Norsiah) muncul bersama Diana di mahkamah. Pendedahan itu dibuat setelah ditanya mengenai hubungannya dengan ibu Diana. Tambah Farid lagi, dia sendiri tak tahu maklumat dengan lebih lanjut pasal punca keretakan hubungan Diana dan ibunya.
“Pada saya Diana perlu jelaskan kepada saya sebab apa dia menghalau Mama keluar dari rumah dan tidak mahu berjumpa dengan ibunya ketika itu. Bila jadi begini, tiba-tiba Mama muncul, saya pun terkejut kerana saya pula dah lama ‘lost contact’ dengan dia sebab Diana sendiri dah putuskan hubungan dengan ibunya.” Menurut sumber, pada permulaan karier seni Diana, Norsiah adalah antara tulang belakang kejayaan anaknya dalam persada hiburan tanah air. Terdahulu, media melaporkan pasangan pelakon itu dinasihatkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling untuk berdamai sewaktu sebutan permohonan cerai yang difailkan Diana.