Umur muda lagi tapi rambut dah warna putih, Ketahuilah ini beberapa faktor rambut jadi beruban

Umur belum pun mencecah 40-an tapi uban dan mula tumbuh dengan banyak. Jumpa dek budak kecil habis dikatakan diri kita ni sudah tua. Pasti tertekan kan? Masa zaman persekolahan dulu, ada juga di kalangan pelajar yang sudah pun beruban. Pelik juga tengok budak muda-muda dah mula tumbuh uban. Persoalannya, kenapa ia boleh berlaku di kalangan generasi muda kerana lazimnya uban tu hanya tumbuh bila kita sudah tua? Tak kira lelaki atau pun perempuan, tidak ada individu yang suka bila rambutnya mula putih ditumbuhi uban. Jangan kata orang muda, kadang orang tua pun boleh tertekan tengok rambut putih tu. Berikut beberapa faktor yang menjadi sebab rambut jadi putih atau cepat beruban di usia masih muda.

Tekanan merupakan antara punca pelbagai penyakit teruk dan tahap tekanan ini juga boleh mengakibatkan rambut gugur dan beruban. Selain itu, vitiligo adalah kondisi sistem autoimun yang boleh merosakkan melanosit iaitu sel-sel yang menghasilkan pigmen untuk warna rambut. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh J.G. Mosley di British Medical Journey pada tahun 1996 mendapati bahawa perkk akan mengalami empat kali ganda masalah rambut cepat beruban.

Bukan saja untuk kesihatan tubuh badan, kandungan makanan junk food pun boleh mengganggu penghasilan melanin dalam rambut. Uban yang tumbuh di usia muda boleh juga kerana kadar vitamin B12 yang rendah. Selain itu, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut. Jadi adalah disarankan untuk sering mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B12 dan zat besi. Cuba check keturunan korang sama ada ramai atau tidak yang sudah beruban di usia muda. jika ibu atau ayah kita beruban awal, maka risiko untuk korang beruban di usia muda adalah sangat tinggi.

Penggunaan hair dryer yang terlalu kerap boleh menjadikan rambut menjadi lemah dan cepat rapuh. Suhu panas akan menyebabkan gangguan kepada penghasilan melanin dan kerana itu rambut akan cepat beruban. Bahan kimia pada pewarna rambut boleh merosakkan sel melanin. Mencuci rambut secara kerap boleh menyebabkan rambut kering. Pilih syampu yang sesuai walau sekerap mana pun digunakan, rambut akan sentiasa lembap dan cantik. Zat ini sangat penting dan jika kurang pengambilannya boleh mengganggu pertumbuhan rambut dan uban pra-matang pun boleh tumbuh.

Pemakanan yang tak seimbang boleh mengakibatkan tubuh kekurangan nutrisi. Jika badan kurang nutrisi, sistem dalam badan tidak dapat berjalan dengan baik. Saraf saraf – Terdapat banyak saraf di bawah rambut. Sekiranya uban ditanggalkan secara paksa, ia akan mengganggu kesihatan sistem saraf otak yang menyebabkan isyarat untuk membentuk pigmen rambut terganggu. Mengganggu pertumbuhan rambut – Jika anda mendambakan rambut yang panjang dan tebal, jangan pernah mengeluarkan uban, kerana ia akan mengganggu pertumbuhan rambut dan menyebabkan rambut gugur berlebihan .

Kerosakan kepada folikel – Membuang uban secara paksa menyebabkan kerosakan kepada folikel yang akan memberi kesan kepada kerosakan pada kesihatan membran. Buat rambut nipis – Kerana menarik rambut beruban membuat pertumbuhan rambut terbantut, akibatnya rambut kelihatan lebih kurus dan jumlah uban sebenarnya banyak terlihat. Ini adalah beberapa bahaya yang disebabkan oleh menghilangkan uban. Sekarang anda sudah tahu risiko atau bahaya. Semoga anda boleh lebih berhati-hati. Sumber, vitasihatcantik via kepohkuat

Kaedah urus rambut cara sebenar. Rambut boleh memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang. Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala. Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru. Rambut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat. Bilangan folikel adalah kekal dan akan berkurangan mengikut usia. Setiap helai rambut terdiri dari 3 lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi 2 lapisan dalam.

Rambut yang sihat akan kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ini akan mengimbas cahaya dan juga memudahkan sebum mengalir untuk melembabkan rambut. Rambut akan memanjang 3-4 mm sehari iaitu lebih kurang 6 inci setahun. Penjagaan rambut adalah berbeza mengikut jenis rambut, stail rambut dan juga jenis aktiviti yang dilakukan. Jenis syampu yang digunakan dan kekerapan membasuh rambut adalah mengikut kelembapan rambut dan permasalahan rambut.

Syampu untuk rambut kering dan rosak diperlukan dalam keadaan berikut: Rambut kerinting, rambut yang diluruskan atau diikalkan dengan menggunakan bahan kimia, rambut yang selalu menggunakan pengering eletrik terutamanya ketika rambut basah dan juga rambut yang selalu terdedah kepada air laut dan air berklorin. Syampu untuk rambut berminyak pula perlu digunakan bagi mereka yang mempunyai rambut berminyak. Setengah remaja mengalami rambut yang agak berminyak kerana pada usia ini kelenjar sebaceous mungkin lebih aktif dan mengeluarkan sebum melebihi daripada keperluan.

Syampu bayi yang lembut, disyorkan bagi mereka yang aktif dalam sukan dan perlu kerap membersihkan rambut setiap hari. Masalah rambut yang biasa berlaku adalah kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh dan pecah. Penyebab berlakunya kelemumur masih tidak diketahui, walau bagaimanapun ia dikaitkan dengan hadirnya sejenis kulat (fungus). Kelemumur boleh dirawat dengan menggunakan syampu yang mengandungi asid salicilic, zink, tars atau selenium sulfate. Sekiranya rawatan ini tidak berkesan, sila berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Rambut boleh pecah di bahagian yang lemah sama ada di pangkal, tengah mahupun di bahagian hujung rambut. Terdedah pada bahan kimia yang digunakan untuk meluruskan, mengerintingkan dan mewarnakan rambut. Kerap menyisir rambut terutamanya apabila menggunakan sikat yang tidak bersesuaian dengan ketebalan rambut dan menyisir rambut dalam keadaan basah. Kerap ikat tocang (braid) dengan ketat. Mengalami masalah perubatan seperti “hypothyroidism” ( hormon tiroid rendah) dan “anorexia nervosa” (tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk walaupun sebenarnya badan pesakit terlalu kurus).

Gunakan syampu untuk rambut rosak dan gunakan perapi rambut. Jangan sikat rambut ketika basah dan gunakan sikat yang bersesuaian. Elakkan mengering rambut dengan alat pengering dalam keadaan terlalu basah dan pada suhu yang tinggi. Dapatkan perkhidmatan pendandan rambut profesional sekiranya anda hendak meluruskan, mengeritingkan atau mewarnakan rambut. Sekiranya anda berambut panjang dan mempunyai rambut bercabang, eloklah bahagian hujung rambut dipotong. Sekiranya anda mengalami rambut rapuh tanpa sebab, jumpalah doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Rambut gugur adalah perkara yang biasa berlaku pada setiap orang. Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan akan diganti dengan rambut baru. Masalah akan timbul apabila rambut yang gugur tidak diganti dan ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi botak. Botak itu boleh berlaku sementara atau kekal. Antara penyebab rambut gugur adalah penggunaan bahan kimia dan suhu tinggi untuk dandanan rambut serta masalah perubatan. Sekiranya rambut anda gugur berterusan setelah menjalani rawatan di salon atau anda mengalami botak kekal, anda harus berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat. Sumber, www.myhealth.gov.myth