Pelakon, Che Puan Juliana Evans mengakui dirinya masih trauma dengan proses kelahiran anak pertamanya, Tengku Kamiliah beberapa tahun lalu. Menurut Juliana, ketika melahirkan anak sulungnya itu, dia merasai kesakitan yang teramat sangat disebabkan epidural yang diambil tidak berkesan kepadanya. “Mengandungkan anak kedua memang agak sukar, mungkin sebab anak yang pertama saya terlalu teruja untuk melahirkan sehingga saya tidak sangka ia menjadi agak teruk. Saya agak trauma dengan kelahiran pertama. Sebab epidural (ubat tahan sakit) tidak menjadi. Saya anggap sewaktu ingin melahirkan akan jadi indah, namun sebaliknya.
Epidural tidak menjadi sehingga saya rasa sakit yang teramat sangat, malah saya tidak pernah terbayang ada sakit begini (beranak) dalam dunia ini. Rasa macam nak pergi. Malah, saya ada ambil juga gas mulut tapi tidak jalan juga. Tapi tiada pilihan, saya perlu melahirkan juga ketika itu. Sebulan pantang pun agak mencabar, macam kena lnggr bas. Walaupun orang kata sakit bersalin lama-lama akan lupakan, tetapi tidak saya. Saya memang tidak dapat lupakan. Juliana berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis Baby Shower bagi kandungan keduanya yang diadakan di Double Tree Hotel, Shah Alam pada Rabu.
Dalam pada itu, pemilik nama penuh Juliana Sophie Johari Evans berkata dia turut mengalami alahan yang teruk bagi kandungan kedua selain emosinya tidak stabil. “Jadi kali ini yang kedua saya sedikit takut, malah pada trimester pertama alahan saya sangat teruk. Susah nak makan dan saya juga depresi, sentiasa rasa sedih. Emosi pun tidak stabil. Setiap kali saya makan akan muntah, bila muntah saya tidak sihat dan sakit. Kemudian masuk fasa kedua semuanya kembali baik. Apabila dapat tahu anak kedua saya perempuan saya sangat gembira. Tetapi saya mahu juga anak lelaki, kalau ada rezeki inysa-Allah.
Takut memang takut, tetapi saya mahu lagi anak yang ramai. Kerana saya mahu berikan adik-beradik untuk anak pertama saya. Bagi kawan pada dia. Kalau lelaki saya tidak kisah, kalau dapat perempuan saya tidak kisah tetapi saya harap dapat anak perempuan.” Sementara itu, aktres tersebut menjelaskan pengalaman terdahulu sedikit sebanyak membantunya untuk persiapkan mental dan fizikal bagi bayi yang akan lahir pada Julai depan itu. Malah, dia akui bersyukur apabila suami dan keluarga antara individu yang banyak memberi sokongan kepadanya.
“Saya siap sediakan mental dan fizikal saya untuk melahirkan yang kedua ini. Untuk sebarang kemungkinan. Suami dan keluarga juga banyak berikan kata-kata semangat untuk saya. Untuk rekod, Juliana telah mendirikan rumah tangga bersama pilihanya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada April 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 2. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.