Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin hari ini memaklumkan yang dirinya enggan lagi bercakap berkenaan pengarah terkenal, Syamsul Yusof berkenaan kemelut rumah tangga yang dialaminya. Menerusi video yang dikongsikan, Sarah ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Syariah Shah Alam pagi ini untuk kes Injunksi memaklumkan yang dia telah mengambil langkah memulakan hidup baharu dan move daripada mengulas sebarang isu berkenaan masalah perkahwinannya.
Ujarnya lagi, dia sudah meluahkan semua yang terbuku di dalam hati dalam sebuah video pada akhir Ramadan lalu dan perkara tersebut merupakan penjelasan terakhir mengenai kemelut melanda rumah tangga antara dirinya dan juga Syamsul. “Saya sudah tidak mahu bercakap fasal dia, saya nak teruskan hidup. Hari terakhir puasa tempoh hari adalah video terakhir saya mengenai dia (Syamsul). Saya sudah cakap semua di dalam video berkenaan,” katanya. Hari ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menolak lanjutan perintah injuksi ex-parte (sebelah pihak) pengarah Syamsul Yusof terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.
Permohonan Syamsul itu bertujuan untuk menghalang pelakon drama Andai Itu Takdirnya dari mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan pergolakan rumah tangga. Oleh sebab itu, Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah telah memerintahkan agar kes tersebut didengar secara inter-parte (kedua-dua pihak). Walau bagaimanapun, pengarah filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu tidak menghadirkan diri pada sebutan pertama kes berkenaan. Jadi, Abdul Halim membenarkan Puteri Sarah selaku defendan kes terbabit memfailkan jawapan terhadap injuksi ex-parte dan kes disambung semula pada 8 Jun ini.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. Kemelut rumah tangga mereka masih belum selesai kerana Syamsul enggan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.