Pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam tidak melarang jika bekas menantunya, Puteri Sarah Liyana bertemu dan menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki lain selepas wanita itu berpisah dengan anaknya, Syamsul Yusof baru-baru ini. Menurut Yusof, setiap manusia mempunyai hak mencari serta mengecap rasa bahagia, dan bekas menantunya itu juga tidak terkecuali. “Saya tidak mempunyai masalah jika dia (Puteri Sarah) bertemu dengan lelaki lain. Jika ditakdirkan dia kembali semula (dengan Syamsul), alhamdulillah.
“Tetapi, jika dia tidak kembali, dan bertemu dengan lelaki lain, saya berharap agar dia bertemu dengan seseorang yang boleh memberikannya kebahagiaan. “Kita semua manusia dan manusia berhak untuk mengecap rasa bahagia. Lagipun, hubungan kami masih baik. Anak-anak dia adalah cucu saya,” katanya. Yusof Haslam berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran mural Polis Evo 3 di Jalan Kemuning, Kuala Lumpur semalam. Dalam pada itu, Yusof turut memberitahu yang isterinya, Datin Patimah Ismail juga memahami seandainya Puteri Sarah memiliki seseorang yang baharu dalam hidupnya.
“Datin alhamdulillah tiada masalah. Datin sendiri cakap dengan saya, yang kalaulah dia (Sarah) berkahwin lain, biarlah dia cari kebahagian. Sebab isteri kata, dia sebagai seorang perempuan faham dengan situasi yang berlaku,” katanya lagi. Bercerita mengenai rahsia keunggulan rumah tangganya dengan Patimah yang kini mencecah angka 40 tahun, Yusof berkata, apa yang penting adalah sifat memujuk yang perlu ada dalam diri seorang suami. “Kalaulah isteri merajuk, kita kena tahu pujuk. Perkahwinan banyak cabaran, justeru, kita sebagai iman dalam keluarga, kita kena pujuk isteri kita. Tak rugi kalau kita berdamai dengan isteri.
“Syafiq pun begitu. Kalau isteri dia merajuk dia akan pujuk. Saya sendiri suka memujuk selepas melihat ayah saya memujuk emak saya ketika emak merajuk. Alhamdulillah, antara sebab kita kekal selama 40 tahun,” katanya lagi. Terdahulu, Syamsul, 39, melafazkan talak satu pukul 12.25 tengah hari di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Mahkamah membenarkan permohonan talak yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Sebelum Syamsul melafazkan talak, Peguam Syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul mencadangkan agar pasangan itu bersalaman bagi memohon maaf. Kemudian, Hakim Syarie Akmallluddin mensabitkan berlaku perpisahan talak satu dan memerintahkan Puteri Sarah, 38, menjalani edah selama tiga kali suci serta mendaftarkan perpisahan mereka. Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.