Sebelum ini, pelakon Afifah Nasir menjelaskan dirinya lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai bakal suaminya kepada umum. Malah, Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Md Nasir berkata, tindakan tersebut dilakukan demi menjaga privasi pihak lelaki berkenaan. Bagaimanapun, baru-baru ini Afifah menerusi muat naik di Instagram Story miliknya dilihat mula berkongsi wajah kekasihnya itu kepada khalayak ramai. Menerusi beberapa siri hantaran di entri berkenaan, Afifah dilihat keluar makan malam bersama kekasihnya di kedai kegemaran mereka.
Menurut Afifah pada kapsyen ditulis dalam perkongsian itu, meskipun kekasihnya berada dalam keadaan tidak sihat, namun masih sudi meluangkan masa bersama. “Bawa orang sakit pergi keluar makan. Favorite person, our favoritr place.” Lelaki berkenaan dilihat memiliki jambang dan berkulit cerah serta mempunyai rupa paras yang tampan. Terdahulu, Afifah berkata dia mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman bujang bersama lelaki pilihannya. Bagaimanapun, dia terpaksa membawa perancangan itu pada tahun hadapan disebabkan jadual kerja yang padat.
Malah, aktres itu berkata bakal suaminya itu tidak terlibat dalam dunia seni dan merupakan seorang jejaka yang biasa. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.