PELAKON dan pengarah Farid Kamil berkongsi berita sedih apabila memaklumkan dia positif jangkitan Covid-19. Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, turut memohon mana-mana pihak yang mempunyai kontak rapat dengannya sejak beberapa hari lalu agar melakukan ujian saringan. Susulan itu juga, Farid turut memohon maaf kepada keluarga atau kenalan yang bertemu dengannya sebelum ini. “Saya minta maaf kepada kawan-kawan atau saudara-mara yang ada berjumpa saya empat ke lima hari lepas.
“Kepada yang bergejala, kontak rapat mohon tolong buat ujian saringan sebab saya positif Covid-19,” katanya. Farid memberitahu perkara tersebut di Insta Story miliknya pada pagi Khamis. Perkongsian tersebut juga sebagai tanda pelakon ini prihatin terhadap jangkitan Covid-19 meskipun semakin ramai yang ambil mudah akan jangkitan babak tersebut. Dalam masa sama dia juga memohon orang ramai agar mendoakan kesihatannya segera pulih.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.