Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua. Ketika ditemui, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada mengumumkan berita gembira tersebut bersama suami tercinta, Nabil Mahir. Kata Nabil, usia kandungan Ayda kini sudah memasuki lima bulan. “Kami sebenarnya sudah bekerjasama, bersusah payah dan berpeluh untuk mendapatkan cahaya mata kedua. Alhamdulillah Ayda hamil anak kedua. Kandungan Ayda sudah memasuki lima bulan.”
Ayda dan Nabil berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan drama Bukan Cinta Sempurna yang diadakan di Pavilion, pada Selasa. Dalam pada itu, pelantun lagu Pencuri Hati juga menyatakan dia dijangka bersalin pada hujung tahun ini. “Insya-Allah tahun ini juga saya akan bersalin.” Terdahulu, Ayda dan Nabil berkahwin pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Ana Nayla yang kini berusia 2 tahun.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.