SETAHUN selepas berpisah, pasangan pelakon Ellie Suriaty dan Azri Iskandar kembali bertemu ketika menghadiri pelancaran Tiga Drama Hebat yang diadakan di ibu negara pada petang Selasa. Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 53, berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah bertemu Azri malah tiada dendam dalam dirinya meskipun mereka sudah tiada ikatan sebagai suami isteri. “Kami sudah hidup bersama selama 19 tahun… takkanlah nak buat-buat tak nampak kalau bertemu di majlis melibatkan kami berdua. “Saya tak pernah bermusuh dengan Azri malah perpisahan kami sebelum ini pun secara baik.
“Apabila berada dalam majlis seperti ini, sudah pasti saya mahu meraikan penganjur dan menghormati jemputan dibuat, kena profesional,” katanya. Tidak hanya itu, Ellie dan Azri bergandingan sebagai pelakon undangan dalam drama bersiri terbaharu Tanah Kubur yang bakal bersiaran di Astro Ria pada 11 Ogos ini. Kata Ellie, dia tidak mempunyai sebarang masalah bergandingan dalam drama atau filem bersama bekas suaminya itu namun bukan dalam satu babak yang sama. “Saya profesional untuk berlakon dalam drama atau filem bersama tetapi janganlah dalam satu babak yang sama.
“Tetapi kalau sudah berada dalam satu set penggambaran apa boleh buat… Cuma harapnya tidaklah digandingkan dalam babak sama,” jelasnya. Dalam pada itu, Ellie berkata, hubungan Azri dan anak-anak mereka juga baik malah aktor itu tidak pernah culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Malah Ellie sering menasihati anak-anaknya agar sentiasa menjaga silaturahim dengan Azri dan selain menghubungi atau bertemu dengannya. “Anak-anak pun rapat dengan bapa mereka, saya tak pernah pisahkan mereka dengan Azri.
“Saya selalu ingatkan anak-anak menelefon bapa mereka setiap hari. Alhamdulillah dia pun tak pernah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai bapa,” katanya. Untuk rekod, Ellie dan Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly, 55, berpisah talak satu pada 17 Mei tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14 tahun. Menerusi perkahwinan terdahulu, Azri juga dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistina, 29 dan Nur Anis Mastura, 27 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.