Semalam tular satu kejadian mendapan tanah (sinkhole) yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak yang menyebabkan laluan tersebut terpaksa ditutup. Dalam siaran media ANIH Berhad, kejadian itu terjadi berhampiran Plaza Tol Bentong dan pengguna dicadangkan untuk menggunakan Central Spine Road (CSR). Selain itu, dalam siaran media yang sama pihak ANIH berkata, punca sebenar kejadian mendapan tanah itu masih dalam siasatan.
Pun begitu, menerusi Twitter miliknya, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kejadian itu berkemungkinan berpunca daripada kerja-kerja Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di kawasan itu. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata siasatan mendedahkan kerja-kerja pembinaan terowong bawah tanah ECRL dijalankan di kawasan itu. “Kejadian mendapan tanah (sinkhole) berlaku di Km 66.1 arah Barat dan Timur, di antara Persimpangan Bentong Barat ke Persimpangan Bentong Timur. Siasatan awal mendapati terdapat kerja-kerja pembinaan terowong bawah tanah ECRL merentasi lebuh raya di lokasi terlibat.
Bagaimanapun, kejadian yang berlaku pada 8.34 malam itu tidak melibatkan sebarang kejadian tidak diingini dan tiada kejadian tak diingini dilaporkan. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.