Tindakan personaliti media sosial, Ameera Khan mempromosikan sebuah telefon bimbit Samsung membuatkan segelintir warganet mengungkit semula kontroversi lamanya yang didakwa pernah memperlekehkan jenama tersebut. Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, gadis berusia 23 tahun itu dilihat mengeluarkan peranti jenis model terbaharu tersebut dari beg tangan dan menggunakannya. Ameera atau lebih mesra dengan panggilan Little Miss Khan kemudian merakam keadaan sekelilingnya serta melakukan swafoto sebelum memasukkan semula peranti itu ke dalam beg tangan. Klik sini untuk lihat video.
Meninjau di ruangan komen, ramai pengikut dilihat tinggalkan komen berbaur sindiran kepada adik selebriti popular Neelofa itu gara-gara didakwa pernah mengutuk jenama telefon bimbit berkenaan. Bagaimanapun, terdapat individu memilih untuk memberikan komen positif dengan menyatakan bahawa Ameera sekadar menjalankan tanggungjawab bagi mempromosikan peranti tersebut.
Pada 2018, Ameera melalui sebuah video Quickfire Q&A With LMK perlu menjawab soalan sama ada memilih telefon jenama Samsung atau iPhone sebagai kegemaran sebelum dia mengatakan ‘Samsung? Eww’ sekali gus mengundang kritikan warganet. Namun tidak lama selepas itu, dia tampil memohon maaf selain menyedari kenyataan terbabit mengguris hati ramai pihak terutama dalam kalangan pengguna telefon Samsung. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.