Pelakon Sharifah Rose dan Ezzrin Loy berkongsi sebuah video di akaun TikTok masing-masing yang memaparkan momen mereka ketika berkhemah baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, aktor dan aktres itu meluangkan masa bersama dengan beberapa orang rakan mereka di tapak perkhemahan berkenaan. Paling menjadi perhatian adalah mereka dilihat sedondon memakai ‘hoodie’ berwarna hitam. Sementara itu, mendapati Ezzrin juga memuat naik video aktiviti mereka sepanjang perkhemahan. “Sentiasa akan ada kali pertama untuk segala-galanya. This is ours.” Klik sini untuk lihat video.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja dan merestui hubungan pasangan pelakon itu. Terdahulu, spekulasi hubungan cinta antara Sharifah Rose dan Ezzrin hangat diperkatakan selepas terdapat satu rakaman video yang memaparkan mereka sedang berjalan bersama di sebuah pusat membeli-belah. Bagaimanapun, pelakon drama Kekasih Hati Mr Bodyguard itu menjelaskan bahawa mereka hanya sekadar kawan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.