Menerusi temu bual bersama Bros Gang TV, penyanyi Zynakal berkongsi kisah sepanjang berada di dalam industri seni dan ditipu bekas pengurus. Di awal sesi temu bual, Zynakal berkongsi bagaimana dia mula terjebak dalam industri seni dan daripada mana datangnya nama Zynakal. Menurut Zyn, dia dibesarkan tanpa seorang ayah dan adik beradik. Dia hanya mempunyai ibu. Oleh sebab itu, dia kerap ‘turun padang’ dan berjumpa dengan orang ramai untuk menyanyi.
“Saya hanya ada ibu. Ibu pula merupakan ibu tunggal. Sejak kecil saya dah jumpa orang dan sembang dengan orang. Masa itu juga saya tunjuk kehebatan vokal saya dan berusaha kutip duit. Kalau korang nak tahu, kebaikan busking boleh membuatkan korang berinteraksi dengan orang yang kita tidak kenal. Secara tidak langsung, boleh meningkatkan keyakinan diri. Dulu saya mula dengan nyanyian. Nama Zayn tu sebenarnya saya ambil daripada Zayn Malik kumpulan One Direction. Masa itu saya suka vokal dia. Dia sangat memberi inspirasi dan vokal memang power.
‘Nakal’ itu pula sebab saya minat Akim Jahat dari Singapura. Jadi saya terfikir kalau Singapura ada jahat…saya nak ambil apa? Tiba-tiba saya terlintas nak ambil nakal. Jadi taklah jahat dan taklah tak baik. Disoal mengenai cabaran sepanjang berada di dalam industri seni, Zynakal memberitahu dia terpaksa menempuh cabaran melebihi daripada kejayaan. “Saya lebih banyak cabaran daripada kejayaan. Iyalah takkan saya nak tunjuk cabaran. Cabaran paling utama yang saya kena tempuh melibatkan scm. Bekas pengurus saya sendiri yang scm saya. Saya langsung tak percaya kena tipu. Rupanya buruk sungguh perangai orang itu. Senang cakap dia pencri.
Saya kena tipu sebanyak RM200 ribu hingga RM300 ribu. Kami duduk sekali dan masa itu saya tak sihat. Banyak barang peribadi saya ada dekat dia. Dia tukar semua no pin akaun saya. Dia masuk dalam akaun saya dan transfer duit ke akaun dia. Dia tahu semua pasal akaun bank saya. Saya percaya dia sebab pengurus. Lagipun semua duit kerja masuk dekat dia kemudia baru dimasukkan ke saya. Jadi saya percaya.” Ujar Zyn, wang yang diambil itu merupakan hasil titik peluh yang disimpan selama ini.
“Duit RM200 ribu itu duit show, duit advance daripada syarikat, duit shooting saya. Dia suruh saya berlakon masa bulan puasa. Saya buat juga. Selain daripada itu, duit saya jadi duta. Berbicara lanjut bagaimana boleh terkantoi, Zyn berkata dia mula meneliti perbelanjaan bekas pengurusnya dan menyiasat lebih teliti gaya hidup individu tersebut. Saya terkejut dia bayar rumah sahaja RM9 ribu. Dulu saya pergi show dengan dia, dia bawa kereta mewah. Rumah dia pun besar. Saya percaya masa itu. Beli jiwa. Bila saya periksa perbelanjaan semua, rumah sahaja RM9 ribu dan kereta RM7 ribu. Setahun juga saya tak sedar kena tipu. Beratus ribu habis dekat situ.
Saya cari dia masa itu. Situasi saya pun memang dop dan down sebab kita kerja ada tujuan hidup. Bila benda macam ni jadi saya hilang. Seminggu juga duduk dalam studio tengok dinding dan fikir mengenai masalah ini. Sampai satu hari, aku tarik nafas dan kata tak apa lepas ni kumpul balik.” Di akhir temu bual, Zynakal memberi pesanan buat semua agar sejauh mana kita berkawan dengan seseorang, kita perlu meletakkan batas dalam pergaulan. Tambah Zyn, manusia boleh berubah bila-bila masa.
“Bukan semua benda kawan boleh tahu mengenai kita. Takut dia makan kita balik. Kes saya ni, saya buat laporan polis untuk melindungi diri. Apa yang terjadi bagi saya agak berat untuk cakap, tapi saya dah halalkan. Daripada buang masa fikir, lebih baik saya teruskan hidup. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.