Hari ini, penyerang import Kelab Bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC), Bruno Suzuki sah memeluk Islam di Masjid Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. Khabar baik itu dikongsikan menerusi hantaran di Facebook PDRM FC yang menyatakan pemain kacukan Jepun-Brazil itu telah pun mengucapkan dua kalimah syahadah pada pagi tadi di hadapan Ustaz Arif M. Rajoli. “Alhamdulillah, dengan syukur ke hadrat Allah S.W.T ingin memaklumkan bahawa pemain PDRM FC, Bruno Suzuki telah memeluk agama Islam.
Beliau telah mengucapkan dua kalimah syahadah bertempat di Masjid PULAPOL KL pada awal pagi tadi bersamaan 15 Muharam 1445,”menurut hantaran di laman Facebook. Detik tersebut turut disaksikan oleh Komandan PULAPOL Kuala Lumpur SAC Noor Hisam Nordin, Timbalan Komandan (Kepolisan Am) PULAPOL Kuala Lumpur Supt. Razali Mohamed Shahid, barisan pengurusan, jurulatih dan rakan sepasukannya. Dalam pada itu, mereka turut memanjat kesyukuran kerana sesungguhnya hidayah itu milik Allah yang menggerakkan hati bagi mendalami dan memeluk agama Islam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa syukur atas penghijrahan penyerang berusia 33 tahun itu. Sekadar info, Suzuki mula mewarnai Liga Malaysia pada tahun 2017 dan pernah menyarung jersi Negeri Sembilan FC, Terengganu FC dan Terengganu FCII. Setakat ini, Suzuki telah menjaringkan sebanyak empat gol dalam saingan Liga Super musim 2023.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.