Perkongsian foto daripada pelakon Irma Hasmie di Instagram miliknya telah jadi perhatian warganet apabila foto berkenaan dimuat naik dengan kata-kata yang berbaur kekecewaan mengenai seorang isteri dalam rumah tangga. Ayat-ayat yang diberikan itu seperti luahan mengenai kesabaran seorang isteri dalam mengharungi detik paling sukar dalam hidup saat melahirkan anak kepada si suami. “Jangan ajari seorang isteri SABAR. Kerana dia pernah digunting, dipotong dan dijahit hidup-hidup untuk memberimu gelaran seorang AYAH.”
Disebabkan perkongsian ini, ramai warganet membuat spekulasi bahawa Irma seperti sedang mengalami masalah rumah tangga. Malah, rakan artis seperti Diana Amir juga turut memberikan kata-kata semangat buat Irma. Dalam pada itu, berdasarkan pemerhatian, Irma dilihat telah memadamkan fotonya bersama suami daripada profil Instagram miliknya itu. Untuk rujukan, Irma sebelum ini mendirikan perkahwinan dengan Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang juga ahli perniagaan pada 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 10 dan sembilan tahun.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.