Lebih baik hidup dalam kesusahan daripada pura-pura kaya tetapi realitinya, hutang dikeliling pinggang kerana bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri yang menggalakkan kita untuk berbelanja mengikut kemampuan sendiri. Tapi, agak berbeza bagi seorang wanita Aien Suraya apabila berkongsi video yang memaparkan kereta mewah miliknya dipercayai ditarik oleh sebuah trak tunda di pekarangan rumahnya. Melalui video TikTok tersebut, usahawan tudung itu mengatakan bahawa dia tersilap langkah dalam menguruskan kewangan dan terjerat dengan hutang kerana menyangka pendapatan diperolehnya sebanyak RM10,000 sebulan mampu memiliki kereta jenis Toyota Vellfire. Klik sini untuk lihat video.
Difahamkan, dia berasa terbeban untuk menjelaskan hutang kenderaan berwarna putih tersebut yang perlu dibayar sebanyak RM3,000 sebulan dan turut mengakui kesilapannya memilih kereta itu sebagai kegunaan harian. Aien turut berkongsi bahawa sifat teringin yang membuak-buak bagi memiliki kereta yang popular bagi golongan T20 itu menjadi punca dirinya bertegas untuk meneruskan pembelian. Malah, dia juga menyedari tersilap langkah selepas tidak mampu melunaskan hutang bulanan selain menasihati pengikutnya untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Rakaman berdurasi 15 saat itu memperoleh 1.1 juta tontonan, hampir 20,000 tanda suka dan lebih 2,000 komen dalam kalangan warganet yang memberikan pelbagai reaksi. Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet menceritakan pengalaman peribadi mereka berhubung soal pembelian kereta yang berdasarkan kemampuan masing-masing.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.