Pelakon kacukan Melayu-Switzerland, Dini Schatzmann meluahkan rasa syukur kerana mempunyai teman untuk berkongsi perasaan selepas bergelar suami kepada aktres jelita, Janna Nick pada 10 Jun lepas. Pemilik nama Dini Azan Schatzmann, 28, menyatakan terdapat perubahan dalam hubungan mereka berdua selepas mendirikan rumah tangga iaitu dapat meluangkan masa bersama setelah pulang dari mencari rezeki. “Apa yang berubah, bila balik rumah, kami akan meluangkan masa bersama-sama. Bangun pagi, ada isteri di sisi. Ia perasaan yang sangat menakjubkan,”kongsinya.
Dini berkata, mereka berdua sedang giat membuat persiapan untuk berpindah ke rumah baharu pada hujung bulan ini. Meskipun tidak memberi banyak maklumat, pelakon kacak itu memberi bayangan mengenai lokasi rumah mereka yang juga terletak di Kuala Lumpur. “Saya dan isteri bakal berpindah ke rumah baharu kami dalam bulan ini juga. Rumah baharu kami nanti terletak di sekitar Kuala Lumpur sahaja. Saya tak boleh beritahu lebih, kalau saya beritahu nanti kena marah pula dengan Janna,” maklum Dini.
Tambah pelakon drama Cik PA Tuan Ash, dia dan isteri kini sedang sibuk mengumpul wang selepas banyak berbelanja pada majlis perkahwinan tempoh hari bagi menampung kos reka hiasan rumah bahau mereka. Katanya lagi, ia juga adalah sebagai persiapan dari segi kewangan sekiranya dikurniakan rezeki zuriat kerana segalanya memerlukan wang. “Duit banyak habis semasa kahwin dan untuk buat rekaan dalaman rumah baru. Jadi sekarang masa untuk kembali bekerja keras. Insya-Allah selepas ini akan ada cahaya mata pula. Semua itu memerlukan duit,” katanya.
Dalam pada itu, Dini menyatakan mereka berdua tidak mempunyai perancangan untuk memperlahankan kerjaya seni selepas mendirikan rumha tangga bersama. Sekadar info, Dini dan Janna selamat mendirikan rumah tangga pada 10 Jun lalu di sebuah majlis diadakan di Langkawi dengan mas kahwin RM2,703 dan seutas rantai emas. Difahamkan, penyerahan mas kahwin tersebut adalah simbolik mengenai detik perkenalan mereka bertarikh 27 Mac 2019
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.