Rezeki dapat anak mata cantik, terkejut bila bersalin anak mata kelabu

MELIHATKAN perbezaan antara pasangan ini dan anak mereka, pasti ramai menganggap ibunya ‘terkenan’ atau terlampau meminati sesuatu ketika hamil sehingga mempengaruhi fizikal si kecil. Meskipun ada yang menyatakan ia adalah kepercayaan karut, namun hakikatnya ramai yang pernah mengalami situasi tersebut. Begitulah yang dikongsikan seorang pelayar TikTok selepas melihat warna mata anaknya yang unik dan berbeza. Berkongsi cerita, Syafika Ezati berkata, kelainan pada fizikal anaknya itu hanya disedari ketika berusia tiga bulan. Klik sini untuk lihat video.

“Sepanjang pregnancy tak ada apa-apa masalah, cuma saya tak boleh nak buat kenangan macam orang lain scan 3d atau 4d sebab posisi baby masa tu menghadap ke dalam perut. Jadi memang tak ada gambar kenangan masa dalam perut macam orang selalu ambil… memang reda dan tunggu tengok waktu lahir saja,” luahnya. Menurut wanita berusia 25 tahun itu lagi, dia turut terdetik rasa bimbang apabila melihatkan perbezaan yang dialami anaknya, Inayra Sofiya Abdul Syakur.

Tambahan pula, doktor memaklumkan kemungkinan anaknya itu mengalami masalah pendengaran. “Saya perasan ketika kena pergi check-up di klinik tapi masa tu dia belum buka mata besar dan asyik tidur. “Saya pun macam tak fokus kan sangat isu warna mata sebab rasa macam saya yang overexcited sebagai first mom… memang abaikan sampai makin ramai orang tegur. Kemudian semasa check-up di hospital untuk tiga bulan, doktor tegur dan terangkan yang mata warna lain kalau tak ada sejarah keluarga berkemungkinan ada masalah pendengaran,” ujarnya.

Susulan daripada itu, dia diminta untuk merujuk perkara tersebut kepada doktor pakar. Namun disebabkan perlu membuat janji temu terlebih dahulu, anak kelahiran Pahang ini memilih untuk membuat ujian pendengaran di hospital swasta. “Masa tu saya dan suami decide buat personal hearing test di swasta sebab tak sanggup nak menunggu, berteka teki fikir macam-macam fasal anak. Bukan kita tak terima andai memang ditakdirkan anak ada masalah pendengaran tapi kita nak buat persediaan lebih awal.

“Memang masa ni dah pujuk diri sendiri walau apa pun keputusan kena reda dan terima. Alhamdulillah result Inayra tak ada masalah pendengaran,” kongsinya gembira. Bagaimanapun katanya, jika melihat mata anaknya yang kini berusia lapan bulan secara berhadapan, ia tidaklah begitu kelabu. Malah ada yang menegur warna mata tersebut lebih kepada biru dan hijau. Dalam pada itu, Syafika turut menzahirkan rasa syukur kerana anaknya menunjukkan perkembangan positif sejajar tumbesarannya.

Dia juga tidak menafikan anaknya kemungkinan terkenan warna kanta lekap yang sering dipakai ketika menjadi ‘kanvas’ solekan. “Semasa pregnant Inayra, saya buat part time jadi kanvas untuk MUA. Jadi selalu pakai kanta lekap sampai ada yang cakap, itu salah satu sebab mata anak jadi kelabu,” tambahnya. Sumber: PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.