Tak sangka Kedai ini dibina pada ketinggian macam ini di atas tanah dan terletak di tengah tebing

Sebuah pasar mini di China menjadi perhatian pengguna media sosial kerana terletak di sebuah lereng, menyebabkan ia digelar ‘pasar mini paling menyukarkan di dunia’, lapor akhbar Daily Star.

Terletak di Taman Negara Geologi Shiniuzhai,  dalam wilayah Hunan, kedai tersebut dibina pada ketinggian 120 meter dari tanah dan terletak di tengah lereng. Kedai kecil dibina daripada kayu itu membekalkan makanan yang memberikan nutrisi kepada pendaki ketika mereka mendaki bongkah gunung batu yang sukar itu.

Beberapa gambar yang dikongsikan di platform X baru-baru ini menunjukkan kedudukan kedai tersebut,  membuatkan ramai netizen terpegun. Di wilayah Hunan di China, pada ketinggian 120 meter di tepi lereng, terdapat sebuah kedai menjual makanan ringan dan minuman kepada pendaki.

Pekerja kedai menambah stok barangan menggunakan zipline, bagi menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dengan pemandangan menakjubkan,” demikian menurut hantaran  itu. Hantaran tersebut  tular dan menerima pelbagai komen netizen.

Hebat sekali! Adakah pekerja perlu mendaki setiap hari untuk pergi bekerja?” kata seorang pengguna. Ia sangat hebat! Satu cara inovatif untuk menggabungkan pemandangan menakjubkan dan kemudahan kepada pendaki,” kata pengguna lain. – AGENSI. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.