Baru-baru ini, seorang TikToker Nur Syamimi dikritik warganet kerana menggunakan perabot dan barangan elektrik berjenama mahal walaupun menetap di rumah flat Program Perumahan Rakyat (PPR). Namun begitu, seorang pengguna media sosial yang mengaku sebagai ibu saudara kepada wanita tersebut memberitahu bahawa Syamimi telah bersusah payah bergelut mendapatkan rumah dari pihak yang tidak berlaku adil pada ketika itu. @norahaytimah_ berkata, anak saudaranya itu hidup berdikari selepas pemergian kedua ibu bapa selain berharap supaya orang ramai mengkaji dahulu latar belakang seseorang sebelum ‘menghentam’.
“Bagi saya biarlah apa yang dia nak buat tu kehendak dia. Dari kecil dah puas hidup susah. Dia berdikari untuk jadikan rumah itu macam arwah mak dia nak. Tak baik tau cakap macam-macam. Ingat senang ke anak yatim nak hidup kat bandar? Bukan dengan simpati orang pun dia dapat semua tu. Nak bercakap tu tengok dan kaji sikit hidup orang macam mana,” tulisnya pada sebuah posting berhubung laporan anak saudaranya di laman Instagram Medialah. Oleh demikian, Syamimi tampil memberi penjelasan di TikTok Story dengan menceritakan tentang kisah hidupnya penuh liku yang perlu dihadapinya di usia muda bagi mendapatkan apa dikecapi hari ini.
Menerusi perkongsian tersebut, wanita berusia 27 tahun itu turut memberitahu bahawa rumah yang didiami sekarang merupakan kediaman yang baru dibeli oleh arwah ibunya sebelum pergi menghadap illahi. Sebelum mendapat hak pemilikan sepenuhnya, dia perlu ditemuduga oleh hakim untuk membuktikan usianya yang muda itu mampu menguruskan rumah berkenaan. Susulan peristiwa itu, dia terpaksa berhenti belajar dan menjalani kehidupannya seorang diri di kota raya bekerja bagi melunaskan segala hutang yang tertunggak.
Bukan sahaja hutang rumah, bil utiliti seperti elektrik dan air yang berjumlah ribuan ringgit disebabkan ibunya tidak dapat bekerja selama beberapa bulan perlu dijelaskan oleh Syamimi. “Sangat banyak jumlahnya tetapi sebelum memiliki rumah ini, saya perlu ditemuduga oleh tuan hakim membuktikan umur 20 tahun boleh tak urus rumah ini. Bil elektrik tertunggak ribuan ringgit, bil air (sebab Ummi dah berbulan tak kerja), baki loan rumah ini sangat banyak (90% baki). Alhamdulillah saya dapat selesaikan di usia muda dan rumah ini diberikan kepada saya kerana dapat melunaskan baki.” tulisnya.
Berkat usaha kerasnya bekerja, dia dapat melunaskan kesemua bayaran tertunggak dan rumah tersebut diberikan kepada sepenuhnya kepadanya. Tambah ibu kepada seorang anak itu, apa yang dilakukannya sekarang iaitu menghias rumah sehingga cantik merupakan cara untuk membahagiakan arwah ibunya. Walau bagaimanapun, wanita berkenaan mengatakan dirinya seorang perahsia dan tidak suka menjaja cerita hidupnya kepada orang yang tidak dikenali.
“Saya simpan rapi kisah ni sebab saya sangat perahsia orangnya dan tak manis pun nak jelaskan pada orang luar,” tambahnya. Syamimi merupakan seorang pempengaruh terkenal di aplikasi TikTok kerana seringkali membuat peminat tergamam dekorasi rumah yang estetik walaupun menetap di rumah flat. Sebelum ini, warganet mempersoalkan taraf hidup pempengaruh wanita itu dan suaminya yang tinggal di flat PPR namun menggunakan barangan rumah mewah sekaligus menasihati mereka untuk mendahulukan orang yang kurang berkemampuan bagi menetap di kediaman seperti itu.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.