Penampilan pelakon dan penyanyi Diana Danielle ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk kes hadanah, pada petang Isnin, mencuri perhatian warganet. Menerusi rakaman video di TikTok @ohbulanofficial, bentuk wajah Diana didakwa berbeza apabila hidungnya kelihatan agak mancung berbanding sebelum ini. Di ruangan komen, rata-rata warganet menyedari dengan perubahan wajah aktres berumur 32 tahun itu. Selain itu, ada juga segelintir yang berseloroh dengan mendakwa pengubahsuaian itu seiring dengan kehidupan baru selepas berpisah dengan aktor, Farid Kamil. Klik sini untuk lihat video.
Komen warganet:
Sementara itu, Diana yang hadir mengenakan jubah serta selendang berona hitam terus berjalan masuk ke dalam mahkamah tanpa memberi sebarang komen kepada petugas media yang turut berada di perkarangan mahkamah. Terdahulu, pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle berpisah talak satu menerusi aplikasi Google Meet pada 10 Ogos lalu. Farid tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah disebabkan masalah kesihatan susulan dijangkiti Covid-19, baru-baru ini.
Shukran Yusof kemudian memerintahkan Diana menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perpisahan mereka. Pada 10 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan talak terhadap suaminya yang juga seorang penerbit. Diana membuat permohonan talak di atas talian dengan alasan tiada lagi persefahaman, berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan talak tersebut. Malah, difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah. Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.