Nama Abang Tesla sejak awal minggu ini hangat diperkatakan apabila video dia memujuk isteri pertama yang menangis teresak-esak beberapa jam sebelum bernikah lain telah menjadi perhatian ramai. Pelbagai kritikan diterima sehingga pelbagai spekulasi timbul lebih-lebih lagi berkaitan punca dia bernikah lagi satu. Namun begitu, Abang Tesla atau Khal Iltizam kelihatan tidak membalas segala tanggapan negatif warganet berhubung tindakannya berpoligami walaupun teruk dihentam di media sosial. Klik sini untuk lihat video.
Dalam satu perkongsian TikTok dibuat seorang pengguna dikenali sebagai @maslizabaharim telah berkongsi video ketika terlihat Abang Tesla dan isteri pertamanya ‘tenang-tenang’ sahaja membeli minuman di sebuah premis minuman. Dia dilihat bersama dengan isteri pertama dan mereka juga kelihatan dalam keadaan baik walaupun sedang dilanda kontroversi berkaitan perkahwinan keduanya. Menjengah ke ruangan komen pengguna TikTok itu, masing-masing telah meninggalkan maklum balas dengan mengatakan bahawa Abang Tesla terlihat biasa sahaja sedangkan warganet pula yang berblah di media sosial berhubung isu tular itu.
Terdahulu, konten Abang Tesla yang memujuk isterinya tiga jam sebelum berkahwin lagi telah mendapat kritikan warganet. Ia dikuatkan lagi dengan dakwaan perkahwinan kedua dibuat disebabkan ingin mempunyai zuriat apabila ada komen di TikTok dibuat menggunakan nama influencer itu mengatakan hal tersebut. Apa-apa pun, kita doa yang terbaik sahajalah untuk perkahwinan mereka. Sumber: Omm.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.