Pempengaruh media sosial, Abang Tesla atau nama sebenarnya Mohammad Khaliltizam Yusr berkongsi detik perkenalannya dengan isteri kedua, Nursyafiqa Mohd Hanafi yang dinikahi 18 Ogos lalu. Memetik portal, Abang Tesla yang lebih selesa dipanggil Kal berkata, dia menikahi Syafiqa selepas enam bulan berkenalan menerusi platform media sosial. Katanya lagi, segalanya bermula selepas wanita berusia 22 tahun itu menghantar sebuah lagu menerusi Insta Story. “Kami berkenalan selama enam bulan selepas bernikah pada 18 Ogos lalu. Kami berkenalan melalui Insta Story. Dia hantar lagu kepada saya. Kami kenal begitulah,”ujarnya.
Bercerita lanjut, pemuda berusia 28 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana perkahwinan tersebut direstui seluruh keluarga selain mereka berkahwin dengan cara yang betul. “Saya dapat rasa ‘getar’ bila bersama. Susah nak cakap. Tapi yang penting, keluarga kami restu. Saya pun berkahwin dengan cara yang betul. Doakan kami. Kita tak tahu kehidupan pada masa hadapan semua orang. Jadi doa yang baik-baik,”ujarnya lagi. Tambahnya, dia juga telah pun menyediakan sebuah kediaman buat isteri kedua yang juga berada di Johor Bahru sebaik sahaja lepas mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, nama Abang Tesla menjadi bualan hangat warganet selepas dia memuat naik sebuah video di mana dia sedang solat Subuh bersama dan isteri pertama, Nurmajdina Jamari menangis tiga jam sebelum poligami. Sekadar info, usahawan muda ini mendirikan rumah tangga dengan isteri pertama sejak lima tahun lalu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.