Kesungguhan seorang penghantar makanan (rider) memenuhi permintaan pelanggan dipuji apabila sanggup meredah kegelapan malam untuk menghantar pesanan.
Menariknya, bukan sahaja terpaksa menghantar makanan pada waktu malam, malah lokasinya juga agak terpencil berdekatan kawasan hutan. Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, kisah tersebut dikongsi oleh seorang rider yang menghantar makanan kepada sekumpulan askar yang sedang melakukan latihan di sebuah kawasan hutan.
Bagaimanapun, menerusi klip video berdurasi 12 saat itu, tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar kejadian tersebut Berdasarkan klip video itu, kelihatan seorang rider Grab telah menghantar pesanan di sebuah kawasan semak dalam kegelapan malam.
Kemudian, muncul dua orang lelaki berpakaian separuh celoreng untuk mendapatkan pesanan tersebut. Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna memuji tindakan rider tersebut yang sanggup meredah kegelapan malam sehinggga ke kawasan hutan semata-mata memenuhi permintaan pelanggan.
Senang abang askar sekarang.. order je walaupun duduk hutan,” tulis Nathirah Muhaini. Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Siti Fatimah.
Nasib baiklah alamat ada walaupun dalam hutan, kalau tak mau demam adik Grab. Apa-apa pun servis adik Grab terbaik, jiwa kental walaupun seram,” katanya. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.