ISTERI kepada Shuib mendedahkan penyampai radio itu melarangnya keluar rumah tanpa mengenakan solekan meskipun hanya mahu keluar minum teh tarik. Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, berkata, Shuib memang gemar melihat dia berdandan meskipun hanya mengenakan solekan nipis. “Nak pergi memancing saja pun kan, tapi itulah nak buat macam mana, suami kita pula memang sejenis asal nak keluar mesti tanya tak nak bersolek sikit ke? “Jadi korang yang selalu cakap Watie tak payah nak make up… tak boleh nak buat apalah kan. Klik sini untuk lihat video.
“Sebab suami kita memang suka tengok kita bersiap make up segala walaupun nak keluar pergi minum teh tarik,” katanya. Watie berkongsi perkara itu menerusi perkongsian di Instagram miliknya memaparkan dia sedang bersiap untuk keluar memancing semasa bercuti di Semporna, Sabah. Lebih menarik perhatian warganet apabila Watie mampu mengawal keadaan dengan baik meskipun terdengar tangisan anak-anak sekali gus mendapat pujian warganet. Malah Watie juga berjaya memujuk anak daranya Dzahira Talita Zahra agar mandi terlebih dahulu sebelum ingin turut serta berdandan.
“Abaikan suara anak-anak saya menangis yang penting solekan mummy on point,” katanya. Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet memuji sikap keibuaan Watie dalam melayani anak-anaknya. Malah mereka juga memaklumkan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin juga ada memberitahu Shuib suka melihat dirinya berdandan. “Mak-mak sangat Watie nampak dah biasa dengan suasana anak-anak. “Bagus Watie, dah bersedia dengan pakaian anak-anak sebelum make up. Nampak sangat pandai urus rumah tangga.
“Dulu arwah Sarah pun ada selalu cakap Shuib suka tengok isteri dia bersolek,” antara komen warganet. Untuk rekod, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib dalam sebuah majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam, pada 23 Jun lalu. Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun. Siti Sarah pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.