Penyanyi popular, Shila Amzah menjawab dakwaan yang mengatakan bahawa rumah tangganya yang baru dibina kini hampir terlerai. Menerusi sesi soal jawab di InstaStorynya, ada individu memaklumkan kepada Shila mengenai artikel palsu yang mendakwa rumah tangganya goyah. “Dalam posting Facebook (FB) ada nampak orang kata Shila Amzah dah nak berpisah. Kurang ajar ya posting FB,” kata individu itu. Tidak berdiam diri, pelantun lagu Patah Seribu ini tampil bersuara dan menjelaskan perkara sebenar.
Katanya, hantaran yang berada di platform tersebut semakin teruk dengan menggunakan ‘click bait’ yang mendatangkan fitnah. “Sebab tu jangan main FB, dah teruk sangat dah dia punya news… click bait dah tak pikir benda betul ke fitnah ke. Kalau kita terdetik mempercayai dahhh satu hal jadi dosa pulak kita,” jawabnya. Untuk rekod, Shila selamat mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh, Ubai Mz pada 5 Ogos lalu. Sebelum ini, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Edraki Elias pada April 2018.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang putera tunggal iaitu Seth Uwais, 4. Namun begitu, mereka sah berpisah pada Februari 2022. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.