Kakak kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila dan Engku Emran Engku Zainal Abidin sah berpisah talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, jam 12.51 tengah hari, hari ini. Memetik laporan Harian Metro, Nabila bersyukur kerana urusan dirinya bersama Emran dipermudahkan Allah SWT. Kata Nabila, 39, dia reda dan menyifatkan perpisahan itu sebagai ketentuan yang sudah tertulis. “Alhamdulillah, saya bersyukur semuanya selesai dengan cara baik. Semua ini adalah takdir untuk dilalui dan saya mohon doa anda supaya saya dan anak diberi kekuatan untuk melalui saat sukar ini.
Semoga Allah berikan ketenangan dan kebahagiaan dalam jiwa saya. Perpisahan ini bukan satu perjalanan mudah tapi saya reda dengan ketentuan-Nya. Terima kasih kepada semua yang bersama saya dan sentiasa memberi sokongan dari segi emosi dan mendoakan urusan ini dipermudahkan.” Dalam pada itu, pemilik nama Noor Nabila Mohd Noor menyatakan perpisahan kali ketiga dalam rumah tangga sudah ditakdirkan dalam kehidupannya. Kata ibu kepada Jebat Jayden, tiada guna sekiranya mempertahankan perkara yang bukan milik kita.
Jika seseorang itu bukan ditakdirkan untuk anda, berapa lama pun anda cuba bertahan dan berusaha, ia tidak akan menjadi milik anda. Apapun saya berharap dan berdoa supaya kita semua sentiasa dikurniakan kebaikan yang berlipat kali ganda, malah lebih dari apa yang kita impikan. Semoga Allah sentiasa menggerakkan hati kita kepada apa yang sememangnya tertulis untuk kita, bukan sebaliknya.” Terdahulu, Nabila memaklumkan dia dan Emran bakal berpisah dalam waktu terdekat selepas Emran menyatakan hasratnya untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 2021.
Sekadar info, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu. Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun. Manakala, Emran pernah berkahwin dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.