BEKAS jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan menerima dengan hati terbuka apabila ramai menegur dan memberi kritikan susulan isu dia berkahwin dua sebelum ini. Zainal, 62, malah memberitahu teguran itu juga diambil bagi memperbaiki diri dalam menjadi seorang insan lebih baik pada masa depan. “Teguran ada yang baik dan ada pula tidak baik… Yang baik Alhamdulillah kita ambil, tidak baik kita terima untuk perbaiki diri. “Saya tidak menolak kesemuanya (teguran) tetapi bagaimana kita kendalikan untuk ke arah lebih baik,” katanya menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad.
Dalam pada itu, Zainal ketika diminta mengulas mengenai perpisahan dengan penyanyi Fyna Jebat bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hal tersebut. Zainal berkata, ketika ini fokusnya hanya kepada kariernya dan tidak mahu mencampur-adukkan dengan soal peribadi. “Saya lebih kepada bola sepak (ketika ini). Hal peribadi adalah perkara peribadi. Saya menghormati semua pihak. “Kerjaya saya bersama pasukan bola sepak. Saya akan menjalankan tugas selagi saya dikehendaki dalam arena sukan ini,” katanya.
Sementara itu, Zainal meminta supaya orang ramai sentiasa mendoakannya dan Fyna. “Kepada semua doakanlah bukan sahaja saya tetapi sesiapa sahaja. Doakan setiap insan ini mendapat kejayaan di dalam kehidupan dan karier masing-masing,” ujarnya. Awal Februari lalu, Fyna atau Nur Syafinaz Jebat, 30, membuat pendedahan dia sudah bergelar isteri kedua kepada Zainal namun tidak menjeaskan butiran perkahwinan mereka. Bagaimanapun perkahwinan yang dibina itu berakhir dengan perpisahan pada Mei lalu.
Zainal dan isteri pertama iaitu Datin Zalina Zaini berkahwin pada 1980 dan hasil perkahwinan selama 43 tahun itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.