Isteri kepada pelakon sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menepis dakwaan bahawa dia memiliki akaun palsu dengan tujuan untuk mengganggu bekas madunya, Puteri Sarah. Menerusi siaran langsung di TikTok bersama isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz, terdapat individu yang tampil menyoal tentang akaun palsu milik Ira. Ira tau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin kemudian menafikan dakwaan tersebut dengan meminta Nilam untuk memeriksa telefon bimbitnya. Klik sini untuk lihat video.
“Sebab aku tahu Sarah ni orangnya baik..Ira pun orang baik. Cuma nak buat macam mana kan. Kak cuba kau tengok kak, kau pantau sikit telefon aku kak. Dekat mana aku buat akaun palsu tu?” Sementara itu, Nilam juga menjelaskan bahawa anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu hanya memiliki sebuah telefon bimbit sahaja. “Aku pegang telefon dia..dia ada satu telefon sahaja.” Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand. Sekadar info, Syamsul pernah berkahwin dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 namun pasangan ini berpisah talak satu pada 14 Jun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.