Hebat berbisnes dan sentiasa menghiburkan dengan lawak bersahaja, begitulah perwatakan Shuib Sepahtu yang sering disenangi oleh para peminat. Namun begitu, hakikatnya ramai yang tidak tahu kisah duka yang pernah dilalui dalam hidup terutamanya sebelum bergelar artis. Paling menyyat hati, Shuib dibesarkan oleh datuk dan neneknya sejak berusia 8 bulan apabila ibu bapa kandungnya membawa haluan masing-masing. Terdahulu, kisah tersebut didedhkan secara eksklusif sewaktu dirinya muncul dalam program temu bual santai ‘Rumah No 107’. Malah antara detik yang svkar dilupakan oleh Shuib adalah tiba-tiba ibu kandung datang menjenguknya semasa berumur 7 atau 8 tahun. Klik sini untuk lihat video.
Namun begitu, episod hitam hidupnya bermula apabila diduga pemergian neneknya yang selama ini mencurahkan sepenuh kasih sayang. Bersempena kedatangan lebaran Aidilfitri kali ini, Shuib telah sempat meluangkan masa bersama bapa kandungnya. Meskipun butiran peribadi seperti nama dan umurnya tidak dimaklumkan, namun ayah pelawak tersebut dilihat masih lagi dalam keadaan sihat walafiat menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok @shafiqabuuu. Gara-gara jarang didedhkan, klip video ringkas berdurasi 5 saat itu telah meraih hampir 600 ribu views setakat ini. Sumber, https://www.viralmy.me/
Terfikir Tak Nak Sambut Raya, Shuib Tampil Luahkan Sesuatu Buat Ramai Yang Sebak. Pengacara dan pelawak Shuib Sepahtu mengakui pernah terdetik enggan meraikan Hari Raya Aidilfitri memandangkan dirinya masih lagi dipeluk rasa sedih. Shuib, 38, berkata dia terpaksa menguatkan dirinya dan mengenepikan perasaan tersebut demi kegembiraan anak-anaknya. “Memang ada terasa enggan meraikan hari raya pada tahun ini dan tak belikan persalinan baharu untuk anak-anak. “Tapi rasa tak sedap pula sebab saya macam pentingkan diri sendiri. Saya kena dulukan anak-anak sebab mereka teruja nak sambut raya. Justeru, saya perlu belikan baju raya baharu untuk mereka,” katanya kepada Gempak. Bagaimanapun, Shuib menjelaskan yang anak-anak sangat memahami situasi mereka selepas ibu tercinta, Siti Sarah Raissuddin pergi buat selamanya.
“Anak-anak faham keadaan kami dan jujurnya, saya memang tak sangka,” katanya yang akan membawa anak-anak pulang ke Perak bagi menyambut hari raya. Sarah pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Allahyarham menjalani operasi bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan. Selain Ayash, Shuib dan Sarah juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Sumber, era