Pelakon Fasha Sandha berkata dia tidak memilih sebarang tawaran lakonan yang diterima meskipun sudah 18 tahun bergelar anak seni. Fasha berkata lagi bidang lakonan merupakan minatnya dan tidak semua perkara dilakukan kerana wang ringgit. Menurut Fasha lagi, dia tidak menolak tawaran lakonan di bawah arahan Haizul Anafer Ali menerusi filem Biduk Bu Merah meskipun dibayar dengan kadar yang rendah. “Hazrul ni dah lama dalam industri, dia cakap minta tolong tu sebab filem ini bajetnya tidak besar… jadi saya tidak boleh caj dengan rate saya.
“Ada perkara yang kita buat kerana duit tapi ada juga perkara yang kita lakukan kerana minat iaitu cinta kita pada bidang lakonan. Filem ini boleh dikategorikan sebagai filem bajet rendah dan saya lakukan ini adalah kerana minat saya dalam lakonan,” katanya. Dalam pada itu, Fasha berkata selain soalan bayaran dia perlu mengambil kira perkara lain termasuk pengalaman bekerja dengan orang lama dalam industri. “Saya bukan artis seperti itu..banyak perkara yang saya ambil kira seperti pengalaman bekerja dengan orang lama jadi sebab itu saya tak berkira. Setiap artis akan menjaga rate masing-masing. Kalau kita bekerja kena ikut bajet penerbit tersebut.
“Mereka ini hanya ingin berkarya tetapi nak berkarya harus menggunakan bajet jadi saya faham perkara itu… kalau saya letak rate sebenar memang tak mampulah mereka nak bayar,” katanya. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.