IBU kepada Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman meluahkan rasa kecewa terhadap sikap penyanyi itu yang didakwa melemparkan kata-kata kesat kepadanya sebelum ini. Kata Fauziah, 56, dia tidak tergamak untuk menulis kata-kata yang keluar daripada mulut anaknya hanya disebabkan rumah pusaka yang menjadi ingin dijualnya. “Disebabkan rumah pusaka ini juga tergamak Shila mengeluarkan kata-kata kesat pada mak, tak tergamak mak nak tulis kata-kata itu.
Allahuakhbar. Ya benar memang Shila tak halau mak tapi kata-kata Shila mak faham,” katanya. Dia berkongsi perkara itu menerusi perkongsian Instagram miliknya pada awal pagi Jumaat yang turut memaparkan fotonya bersama Shila. Bagaimanapun Fauziah memadam hantaran berkenaan beberapa minit selepas ia dimuat naik. Kata Fauziah, dia tampil memberi kenyataan tersebut kerana ingin membersihkan namanya yang sudah tercalar. Tidak hanya itu, dia juga kecewa dengan sikap Shila yang membiarkan orang lain menghinanya di dalam sebuah siaran langsung baru-baru ini.
Menurutnya dia masih belum mampu memaafkan kesilapan anaknya itu malah meminta Shila untuk berhenti menipu. “Hati emak memang sudah dikisar halus. Emak bersuara demi maruah emak. Banyak Rahsia yang emak simpan sorok selama ini demi namamu sebagai bintang popular. Terima kasih Nurshahila kerana beri ruang untuk orang hina dan keji emak sendiri dalam video live. Allah tahu apa kebenarannya. Buat masa ini emak belum dapat maafkan dan emak tak reda dengan apa yang Shila buat. Berhenti menipu! Ya Allah… Ampunkanlah segala dosa-dosaku… Hanya Engkau yang Maha tahu. Ku serahkan segalanya kepadaMu kerana sesungguhnya aku milikMu.
“Nurshahila, kau tanggunglah dosa… Pada Allah Mak serahkan dirimu dan semoga Allah SWT mengadili segalanya serta memberimu pertunjuk,” ujarnya lagi. Menerusi perkongsian itu juga, Fauziah mendedahkan Shila pernah berjanji untuk menjaga dan membiarkan ibunya terus tinggal di rumah yang dianggap harta pusaka keluarga. Fauziah kata dia menyedari hak Shila sebagai pemilik utama rumah tersebut malah tidak membantah sekiranya ia dijual. “Dengan segala konflik keluarga yang kita hadapi, emak tidak pernah bantah andainya ‘rumah keluarga’ yang dilabel sendiri oleh Nurshahila sebagai ‘rumah pusaka’ untuk dijual kerana emak sedar diri rumah itu atas nama anak emak yang popular.
“Tak perlu mengingatkan emak berkali-kali tentang itu kerana terserah untuk Nurshahila buat apa sahaja kerana ya rumah ini atas nama Nurshahila. Walau tahun lepas ketika abah lari Nurshahila pernah cakap mujur rumah ini atas nama Shila, biarlah kekal jadi rumah pusaka mak tinggalkan sampai bila-bila jangan kisah Abah tak ada, orang boleh sara mak. Ini janji Shila pada mak. Disebabkan rumah pusaka ini juga tergamak Shila mengeluarkan kata-kata kesat pada mak,” luahnya.
Pada Isnin lalu, Syada mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya yang didakwa bakal dijual. Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya daripada banglo tersebut. Jelas Shila, tujuan dia mahu menjual banglo berkenaan kerana ingin mencari rumah baharu yang lebih selesa untuk ibu mereka. Isu ini terus berlarutan apabila Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual rumah tersebut.
Dia juga mendakwa Shila berniat menjual rumah tersebut kerana memiliki nilai tinggi dalam pasaran. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.