Anggap orang luar tumpang kemewahan anak, tak sangka Fauziah Sarman perli Ubai Mz macam ni

Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman menjelaskan dirinya tidak pernah menghalang anaknya itu untuk menjual rumah pusaka yang didiami keluarganya. Menurut Fauziah, dia sedar bahawa rumah tersebut merupakan milik Shila dan akui penyanyi itu mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Bagaimanapun, Fauziah berkata Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah pernah berjanji untuk membenarkan dia menetap di kediaman tersebut selama-lamanya.

“Mak tidak pernah bantah andainya ‘rumah keluarga’ yang dilabel sendiri oleh Nurshahila sebagai ‘rumah pusaka’ untuk dijual kerana mak sedar diri, rumah itu atas nama anak emak yang popular. Tak perlu mengingatkan mak berkali-kali tentang itu kerana terserah untuk Nurshahila buat apa sahaja kerana ya rumah ini atas nama Nurshahila. Walaupun tahun lepas ketika abah lari, Nurshahila pernah cakap mujur rumah ni atas nama Shila, biarlah kekal jadi rumah pusaka, mak tinggal sampai bila-bila, jangan kisah abah tak ada, orang boleh sara mak. Ini janji Shila pada mak.

Dalam pada itu, Fauziah turut mendakwa Shila telah mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya disebabkan perbalahan yang berlaku berhubung isu rumah pusaka. “Disebabkan rumah pusaka ni juga tergamak Shila mengeluarkan kata-kata kesat pada mak, tak tergamak mak nak tulis kata-kata itu. Allahuakhbar. Ya benar memang Shila tak halau mak tapi kata-kata Shila mak faham.” Dalam masa sama, Fauziah akui terkilan dengan seseorang yang sudah dianggap sebagai anak, namun bersikap kurang ajar terhadapnya selepas memiliki Shila.

“Untuk ‘orang luar’ yang pernah mak tatang bagaikan anak sendiri, terima kasih melayan mak begini. Untuk ‘orang luar’ yang baru memiliki Nurshahila terima kasih membuat kesimpulan yang hanya memenangkan diri kalian. Kita tiada beza, awak juga cuci kaki masuk rumah. Hati mak memang sudah dikisar halus. Mak bersuara demi maruah mak. Banyak rahsia yang mak simpan sorok selama ini demi namamu sebagai bintang popular.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian, Fauziah telah bertindak memadam hantaran terbabit selang beberapa minit selepas dimuat naik. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.