Susulan perbalahan adik-beradik penyanyi Shila Amzah mengenai isu jual rumah, Datuk ND Lala sebagai bapa mereka dilihat hanya berdiam diri. Menerusi perkongsiannya di Instagram baru-baru ini, dia ada memuat naik hantaran memori dia dan rakan-rakan bermain bola sepak. Namun, hantaran tersebut disrng warganet dengan mempersoalkan tindakannya yang tidak berbuat apa-apa tatkala perbalahan itu berlaku. “Steady tok. Family kucar kacir, anak-anak bergaduh tapi masih steady. Memang ketua keluarga terbaik. “Pergi tengok sama family sana. Caca merba habis dah. Dah kahwin baru tanggungjawab jangan tinggal,” komen warganet.
Tidak berdiam diri, ND Lala ada memberi respons namun tiada kaitan dengan isu yang sedang berlaku. “Tajuk perbualan kita di sini adalah tentang bola sepak. Kita membina perhubungan yang baik dan rasa hormat menghormati sesama kita melalui sukan bola sepak. Terima kasih kerana memberi komen yang baik dan mengekalkan adab budaya kita,” balasnya. Terdahulu, timbul isu Shila mahu menjual rumah yang dibeli bapanya menggunakan namanya menjadi perbalahan adik beradik. Perkara tersebut timbul apabila adiknya, Syada Amzah memberi ‘hint’ rumah bakal dijual tanpa sebarang notis diberitahu.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.