Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein menjadi bualan hangat wargamaya selepas mengumumkan pengundurannya selaku pengacara program All Stars Gegar Vaganza (GV10 ). Isu tersebut turut mendapat perhatian juri tetap GV10 iaitu Hetty Koes Endang. Menurut penyanyi kelahiran Indonesia itu, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom tidak sepatutnya menarik diri secara tiba-tiba sebaliknya perlu menyesuaikan diri dengan Nabil Ahmad dan Jihan Muse selaku rakan pengacara.
“Apabila masuk rumah orang, perlu ikut cara mereka.” Dalam pada itu, Hetty berpendapat Elly seharusnya kuat semangat dan bersedia dari segi mental bagi menghadapi sebarang kritikan daripada orang sekeliling, peminat mahupun rakan hos. “ia dibenarkan untuk membawa versinya sendiri tetapi mungkin dua lagi hos mempunyai cara berbeza. Cuma, dia kuat mental atau tidak? Jangan main hati dan perasaan sebab dia masuk ke rumah orang.” Hetty turut menyelar dakwaan yang menyifatkan Elly sebagai pengacara menjengkelkan seperti yang dikritik ramai sebaliknya, Hetty berharap Elly kembali semula ke GV10.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.